[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
DUNIA

Perompak bersenjata larikan barang kemas bernilai jutaan dollar dari hotel mewah

Astro Awani 11/01/2018 | 01:12 MYT
Pandangan dari atas di hotel Ritz Paris selepas kejadian rompakan pada Rabu di Paris, Perancis, 10 Jan, 2018. Foto media sosial ihsan Davy Parker/via REUTERS
Perompak yang bersenjatakan kapak pada Rabu melarikan barang kemas bernilai lebih AS$5 juta dari sebuah kedai di hotel Ritz Paris yang terkenal.
Menurut polis, lima orang terbabit melakukan rompakan di siang hari di hotel mewah itu, tiga daripadanya berjaya diberkas manakala dua lagi melepaskan diri.
"Kerugian dianggarkan sangat tinggi dan ia masih sedang dinilai," kata satu sumber polis.
Satu sumber lagi meletakkan angka kerugian pada 4.5 juta euro, tetapi turut menjelaskan, sebuah beg telah berjaya ditemui dan mungkin mengandungi sebahagian barangan yang dicuri.
Hotel tersebut pertama kali dibuka pada 1898 dan merupakan hotel Paris pertama yang mempunyai bekalan elektrik di semua tingkat dan bilik mandinya.
#hotel #Paris #polis #rompak #senjata