awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Senyap tetapi berimpak, fungsi berterusan universiti memperkasa komuniti
Mengenang Madeline: Hilangnya 'permata' Sarawak yang luar biasa
Stadium Nasional Bukit Jalil dapat penarafan cemerlang daripada FIFA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perompak tebuk dinding bank di Jerman, larikan wang dan barang kemas bernilai RM176 juta

Astro Awani
Astro Awani
31/12/2025
08:40 MYT
Perompak tebuk dinding bank di Jerman, larikan wang dan barang kemas bernilai RM176 juta
Perompak menebuk dinding bank di Jerman barat dan melarikan wang tunai serta barang kemas bernilai RM176 juta semasa cuti Krismas. -Foto Reuters
BERLIN: Sekumpulan perompak menebuk dinding konkrit tebal sebuah bank simpanan di Gelsenkirchen, Jerman barat, sebelum melarikan wang tunai, emas dan barang kemas dianggarkan bernilai €35 juta (kira-kira RM176 juta) ketika cuti Krismas.

Ringkasan AI
  • Perompak menebuk dinding bank di Jerman barat dan melarikan wang tunai serta barang kemas bernilai RM176 juta semasa cuti Krismas.
  • Polis menyiasat kemungkinan keterlibatan orang dalam dalam rompakan tersebut, sementara pelanggan bank menuntut maklumat mengenai keselamatan peti simpanan mereka.
  • Bank Sparkasse berjanji untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dan menghubungi pelanggan yang terkesan selepas siasatan selesai.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut polis, penjenayah dipercayai menggunakan gerudi industri untuk menembusi dinding bawah tanah bank Sparkasse dari arah tempat letak kereta bersebelahan, sebelum memecah masuk ke bilik kebal dan membuka lebih 3,000 peti simpanan keselamatan pelanggan.
Kejadian hanya disedari selepas penggera kebakaran berbunyi awal pagi Isnin, mendorong kepada penemuan lubang besar pada struktur bangunan.
Namun, perompak dipercayai telah pun melarikan diri bersama hasil rompakan pada ketika itu.
Jurucakap polis berkata siasatan kini tertumpu kepada rakaman kamera litar tertutup dan kenderaan yang dilihat meninggalkan lokasi pada malam Sabtu.
Polis tidak menolak kemungkinan rompakan ini dirancang rapi selama beberapa minggu, memanfaatkan kelemahan keselamatan semasa musim cuti umum.
Polis turut menyiasat sama ada terdapat penglibatan orang dalam atau maklumat dalaman yang membolehkan perompak mengenal pasti lokasi tepat bilik kebal dan peti simpanan bernilai tinggi.
Di luar cawangan bank, ratusan pelanggan berkumpul menuntut maklumat mengenai status peti simpanan mereka.
Ada yang mendakwa kehilangan simpanan persaraan, wang tunai dan barang kemas keluarga.
Pihak bank Sparkasse belum mengeluarkan kenyataan rasmi tetapi memberi jaminan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan menghubungi pelanggan terjejas sebaik siasatan awal selesai.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah nilai anggaran wang tunai, emas, dan barang kemas yang dicuri oleh kumpulan perompak di bank Sparkasse di Jerman barat? A: Kumpulan perompak di bank Sparkasse di Jerman barat dilaporkan mencuri wang tunai, emas, dan barang kemas bernilai €35 juta (kira-kira RM176 juta).
  • Q: Bagaimanakah perompak berjaya menembusi dinding bank Sparkasse? A: Perompak dipercayai menggunakan gerudi industri untuk menembusi dinding bawah tanah bank Sparkasse dari arah tempat letak kereta bersebelahan sebelum memecah masuk ke bilik kebal dan membuka lebih 3,000 peti simpanan keselamatan pelanggan.
  • Q: Apa yang menjadi tumpuan siasatan polis setelah kejadian rompakan di bank Sparkasse? A: Siasatan polis kini tertumpu kepada rakaman kamera litar tertutup dan kenderaan yang dilihat meninggalkan lokasi pada malam Sabtu, serta sama ada terdapat penglibatan orang dalam yang membolehkan perompak mengenal pasti lokasi tepat bilik kebal dan peti simpanan bernilai tinggi.
  • Q: Apa tindakan yang diambil oleh pihak bank Sparkasse berkenaan dengan kejadian rompakan ini? A: Pihak bank Sparkasse belum mengeluarkan kenyataan rasmi tetapi memberi jaminan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan menghubungi pelanggan terjejas sebaik siasatan awal selesai.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh ratusan pelanggan di luar bank Sparkasse selepas kejadian rompakan? A: Ratusan pelanggan berkumpul di luar bank Sparkasse menuntut maklumat mengenai status peti simpanan mereka, di mana ada yang mendakwa kehilangan simpanan persaraan, wang tunai, dan barang kemas keluarga.

Topic Berkaitan
#Jerman
#tebuk dinding bank
#cuti krismas
#barang kemas
#wang tunai
#Sparkasse
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan