[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
DUNIA

Persaingan Demokrat, Biden dahului Sanders di Michigan

Bernama 11/03/2020 | 06:49 MYT
Fox News meramalkan Biden (gambar) melakar kemenangan di Mississippi dan Missouri. - Gambar fail
Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mendahului Senator Bernie Sanders dengan 10 mata pada pemilihan yang berlangsung di Michigan, untuk persaingan Demokrat menjelang pilihan raya presiden 2020.
Menurut agensi berita Sputnik, keputusan rasmi mendedahkan Biden mendahului kira-kira 52 peratus di Michigan manakala Sanders mempunyai 42 peratus.
Fox News meramalkan Biden melakar kemenangan di Mississippi dan Missouri.
Pada Selasa, enam negeri di AS mengadakan pemilihan menyaksikan lebih 350 perwakilan termasuk Michigan (125 perwakilan), Missouri (36) dan Washington (89). Mississippi mempunyai 36 perwakilan.
BACA: Menjelang Pilihan Raya Presiden AS, Biden dahului saingan 'Super Tuesday'
Keputusan mengenai pembahagian perwakilan hanya akan diketahui menjelang tengah malam.
Menjelang malam Selasa, Biden telah memenangi 664 perwakilan berbanding Sanders 573 selepas pemilihan di 20 negeri berlangsung, menurut AP.
Calon memerlukan 1,991 perwakilan untuk memenangi pencalonan presiden.
-- BERNAMA
#Amerika Syarikat #calon #Demokrat #Joe Biden #pemilihan #pilihan raya #pilihan raya presiden #presiden #Washington