awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin beroperasi semula di Hospital Al-Quds

Bernama
Bernama
19/03/2025
23:30 MYT
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin beroperasi semula di Hospital Al-Quds
PRCS menegaskan bahawa pembukaan semula hospital itu mengesahkan komitmennya untuk menyediakan penjagaan kesihatan kepada penduduk Gaza walaupun berdepan pelbagai cabaran. - Foto Astro AWANI
GAZA: Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) beroperasi semula di Hospital Al-Quds di kejiranan Tal al-Hawa, barat Bandaraya Gaza pada Rabu, selepas hospital itu dibom dan dimusnahkan semasa pencerobohan Israel pada November 2023.
Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), hospital itu mengumumkan, ia akan mula menerima pesakit yang cedera, sakit serta pelawat mulai Jumaat depan pada 9 pagi, walaupun mengalami kerosakan.
Keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan Jawatankuasa Kecemasan Gaza, mengambil kira keperluan mendesak untuk perkhidmatan perubatan di Gaza dan utara Gaza dalam krisis semasa.
Pasukan perubatan dan pentadbiran telah bekerja selama beberapa minggu untuk memulihkan hospital itu di tengah-tengah kekurangan peralatan dan bekalan perubatan yang kritikal.
Hospital itu dilengkapi dua bilik bedah, jabatan kecemasan, kawasan penerimaan dan klinik pesakit luar, selain pengaktifan unit rawatan rapi serta jabatan diagnostik seperti radiologi dan makmal, bagi memastikan penyediaan perkhidmatan perubatan yang komprehensif.
Pasukan pendudukan Israel telah mengepung Hospital Al-Quds selama beberapa minggu, menghalang kakitangan perubatan dan bekalan daripada masuk sehingga operasi hospital terhenti sepenuhnya.
Kawasan sekitar hospital itu turut dibom yang memusnahkan sebahagian besar hospital dan merosakkan jabatan kecemasan serta makmal.
Kru PRCS terus berusaha memulihkan hospital itu di sebalik kemusnahan yang berlaku, dan berjaya memulihkan beberapa jabatan penting, membolehkan perkhidmatan perubatan disambung semula.
PRCS menegaskan bahawa pembukaan semula hospital itu mengesahkan komitmennya untuk menyediakan penjagaan kesihatan kepada penduduk Gaza walaupun berdepan pelbagai cabaran.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Palestin
#perang Hamas-Israel
#Bulan Sabit Merah Palestin
#Hospital Al-Quds
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan