awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persekutuan Wartawan Antarabangsa akan ambil tindakan jika Israel ingkar arahan ICJ

Bernama
Bernama
30/01/2024
05:58 MYT
Persekutuan Wartawan Antarabangsa akan ambil tindakan jika Israel ingkar arahan ICJ
IFJ akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli politik dan kepemimpinan tentera Israel jika mereka tidak mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). -Gambar fail/Twitter
BRUSSELS: Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli politik dan kepemimpinan tentera Israel jika mereka tidak mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Dalam surat yang dihantar kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Yoav Galant, IFJ menyatakan bahawa 600,000 ahlinya menganggap wartawan di Gaza sebagai rakan sekerja mereka, lapor Agensi Berita WAFA.
IFJ turut menegaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan Wartawan Antarabangsa menjamin perlindungan kebebasan akhbar, hak wartawan dan kemerdekaan kewartawanan.
"Persatuan Wartawan Palestin satu daripada ahli kami dan wartawan dari 140 kesatuan di seluruh dunia menganggap wartawan Palestin sebagai rakan sekerja mereka," menurut kandungan surat itu.
ICJ sebelum ini memerintahkan Israel untuk mengambil langkah sewajarnya untuk menghalang semua pelakuan dan tindakan pembunuhan beramai-ramai yang dilarang oleh Konvensyen Genosid dan melaporkan kembali kepada mahkamah dalam tempoh sebulan mengenai pelaksanaan langkah-langkah sementara itu.
Undang-undang antarabangsa memerlukan negara-negara melakukan segala-galanya dalam kuasa mereka untuk melindungi orang awam dan wartawan di zon perang mesti dilayan seperti orang awam serta dilindungi.
"Kami menggesa anda untuk komited dan mengeluarkan dasar serta prosedur untuk memastikan tentera Israel mematuhi tuntutan itu.
"Jika ini tidak berlaku, kami tidak akan teragak-agak untuk memfailkan saman di mahkamah antarabangsa terhadap ahli politik dan komander tentera Israel," tegas IFJ.
Persekutuan itu turut menggesa 187 ahli gabungan untuk melakukan perkara yang sama, sebagaimana yang dibenarkan oleh mekanisme kehakiman negara.
IFJ bimbang dengan peningkatan jumlah wartawan yang terbunuh di Gaza sejak 7 Okt.
Jumlah itu menyumbang hampir 10 peratus daripada semua wartawan yang bekerja di Gaza.
Menurut laporan media, dua lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza pada Isnin, menjadikan angka korban kini mencecah 122 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Israel
#Persekutuan Wartawan Antarabangsa
#ACJ
#IFJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan