BEIJING: Bertemakan "Data Drives Development, Intellegence Leads the future", forum utama Persidangan Ekonomi Digital Global 2023 dirasmikan di sini, pada Rabu.
Persidangan itu menyediakan platform kepada para peserta dari dalam dan luar China untuk bertukar-tukar pendapat dan menggembleng tenaga demi mendorong inovasi dan kerjasama antarabangsa serta menyumbang kepada pembinaan paradigma pembangunan ekonomi digital global yang baharu.
Ketua Setiausaha Jawatankuasa Bandar Lhasa Parti Komunis China, Phurbu Dondrup, berkata bandar ibu kota wilayah Tibet itu mahu memperkasakan keterlibatannya dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta pembangunan pengkomputeran di wilayah barat China.
Beliau berkata Lhasa juga mahu mempercepat perkembangan pendigitalan dan penghijauan sebagai projek rintis, di samping membina zon e-dagang rentas sempadan.
Lhasa berjaya mencuri tumpuan masyarakat antarabangsa dengan perkembangan yang baik dan dinamik dalam bidang pendigitalan.
Ketua Jabatan Komunikasi Maklumat dan Pembanguan Media Singapura (IMDA), Lew Chuen Hong dalam ucapannya menyatakan bahawa hubungan baik Singapura dan China menyediakan asas dalam usaha meningkatkan kerjasama untuk bidang-bidang yang maju.
"Diharapkan kedua-dua negara dapat mengambil kesempatan pendigitalan untuk menggalakkan lagi kerjasama dua hala," katanya.
Dalam sesi dialog kerjasama antarabangsa dalam ekonomi digital, Ketua Akademi Ekonomi Digital Asia (AADE) Chen Bohui, Naib Presiden Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia dalam Teknologi Canggih (MIGHT) Raslan Ahmed turut berkongsi pandangan masing-masing berkaitan teknologi perisian asas, kerjasama antarabangsa dan penggabungan industri.
Persidangan Ekonomi Digital Global 2023 yang akan melabuhkan tirainya pada Jumaat, berobjektifkan untuk membina platform komunikasi dan kerjasama peringkat tinggi antarabangsa bagi membentuk situasi ekonomi digital global yang seimbang, inovatif, inklusif, saling untung dan makmur bersama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2023
Persidangan Ekonomi Digital Global 2023 berobjektif membina platform komunikasi dan kerjasama peringkat tinggi bagi membentuk situasi ekonomi digital global yang seimbang, inovatif, inklusif, saling untung dan makmur bersama. - Foto BERNAMA
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.