awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 maut, 23 cedera dalam kemalangan bas di Nepal
Projek Perolehan TDM: Bekas Panglima Tentera Darat, dua isteri dibawa ke mahkamah
Imigresen gempur 13 lokasi sekitar Seremban dan Nilai, 77 warga asing ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertamina umum penemuan telaga minyak baharu di Sumatera

Bernama
Bernama
07/01/2026
04:45 MYT
Pertamina umum penemuan telaga minyak baharu di Sumatera
Pertamina mengumumkan penemuan telaga minyak baharu di Adera Field, Sumatera Selatan, Indonesia. - Gambar/ Reuters
JAKARTA: Syarikat tenaga milik kerajaan Indonesia, Pertamina mengumumkan penemuan sebuah telaga minyak baharu dengan potensi pengeluaran sehingga 3,442 tong minyak sehari (BOPD) di Adera Field, kawasan operasi minyak dan gasnya yang terletak di Sumatera Selatan, Indonesia.

Ringkasan AI
  • Pertamina mengumumkan penemuan telaga minyak baharu di Adera Field, Sumatera Selatan, Indonesia, dengan potensi pengeluaran sehingga 3,442 tong minyak sehari.
  • Penemuan itu hasil integrasi data seismik Abab 3D pada 2023 oleh PT Pertamina EP (PEP) Adera Field, meningkatkan kebarangkalian kejayaan penggerudian.
  • Penemuan telaga baharu dijangka menyokong sasaran kerajaan Indonesia mencapai pengeluaran minyak sebanyak 1 juta BOPD pada 2026, dengan ujian menunjukkan keupayaan pengeluaran sebanyak 3,442 BOPD.

Menurut satu kenyataan media, penemuan oleh PT Pertamina EP (PEP) Adera Field itu adalah hasil integrasi data seismik Abab 3D yang diperoleh pada 2023, susulan kajian yang dijalankan oleh pasukan Geologi, Geofizik, Takungan dan Pengeluaran di PEP Adera Field.
Pengurus Besar Pertamina EP Zon 4 Djudjuwanto berkata melalui analisis data seismik yang lebih terperinci, pasukan itu dapat memetakan arah dan taburan lapisan takungan dengan lebih tepat, sekali gus meningkatkan kebarangkalian kejayaan penggerudian.
"Telaga ABB-143 (U1) (telaga baharu) dijangka menyumbang tambahan pengeluaran harian sekitar 458 BOPD di bawah keadaan operasi tertentu, dengan anggaran perolehan minyak keseluruhan atau Anggaran Pemulihan Muktamad (EUR) kira-kira 750,000 tong berdasarkan perbandingan dengan telaga rujukan," katanya seperti dipetik dalam kenyataan itu.
Beliau berkata penemuan telaga baharu itu akan memberikan dorongan kepada PEP Adera Field dalam meningkatkan pengeluaran minyak dan gas pada 2026, selain menyokong sasaran kerajaan untuk mencapai pengeluaran minyak sebanyak 1 juta BOPD.
Pertamina memaklumkan bahawa ujian selama dua jam telah dijalankan pada 30 Dis dan telaga itu menunjukkan keupayaan pengeluaran sebanyak 3,442 BOPD.
"Ujian selama dua jam itu dianggap lebih mewakili keadaan aliran stabil. Ujian aliran awal diadakan bagi menentukan kebolehanhantaran maksimum telaga atau keupayaannya menghasilkan minyak secara semula jadi," tambahnya.
Sementara itu, Naib Presiden Komunikasi Korporat Pertamina Muhammad Baron berkata Pertamina komited untuk mempercepatkan usaha mencapai sara diri tenaga negara selaras dengan agenda Asta Cita kerajaan dengan mengutamakan program utama dalam sektor huluan minyak dan gas.
"Pertamina memperuntukkan perbelanjaan modal yang besar dalam sektor huluan bagi menggalakkan penggerudian berskala besar dan inovatif, yang akan memberi kesan signifikan terhadap penemuan serta peningkatan pengeluaran minyak dan gas negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pertamina
#telaga minyak baharu
#Sumatera
#telaga minyak sumatera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan