[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
DUNIA

Pertempuran di kem pelarian di Lubnan, 15 maut, lebih 150 cedera

Bernama 14/09/2023 | 09:00 MYT
Seramai 15 orang terbunuh manakala lebih 150 lagi cedera akibat pertempuran ganas antara puak Palestin di kem pelarian Ein El Hilweh di selatan Lubnan. - Foto REUTERS
MOSCOW: Seramai 15 orang terbunuh manakala lebih 150 lagi cedera akibat pertempuran ganas antara puak Palestin di kem pelarian Ein El Hilweh di selatan Lubnan, lapor Sputnik.

Menurut agensi berita NNA, pertempuran sengit antara Fatah dan puak Palestin lain meletus semula pada pagi Khamis.

Laporan awal menunjukkan enam orang terbunuh manakala lebih 80 cedera.

--BERNAMA-SPUTNIK



#pertempuran #kem pelarian di Lubnan #Ein El Hilweh #Palestin