Pertemuan kedua AS-Korea Utara, Jong-un tiba di Vietnam 25 Feb

Agensi
Februari 16, 2019 15:40 MYT
Jong-un juga akan melawat kawasan perindustrian Vietnam di Bac Ninh dan bandar pelabuhan perindustrian Hai Phong. - Foto REUTERS
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un akan tiba di Vietnam pada 25 Feb menjelang sidang kemuncak kedua dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, lapor Reuters pada Sabtu.
Trump dan Jong-un akan bertemu di Hanoi pada 27 dan 28 Feb, berikutan pertemuan bersejarah pertama mereka pada bulan Jun tahun lalu di Singapura.
Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo pada Khamis lalu berkata, Washington berharap pertemuan itu akan membuahkan hasil sebanyak mungkin.
Memetik sumber, Reuters melaporkan bahawa Kim akan bertemu dengan pegawai kerajaan Vietnam ketika tiba di Hanoi.
BACA: Pertemuan kedua Donald Trump, Kim Jong-un diadakan di Hanoi
BACA: Trump harap pertemuan kedua dengan Jong Un capai kata sepakat
Jong-un juga akan melawat kawasan perindustrian Vietnam di Bac Ninh dan bandar pelabuhan perindustrian Hai Phong.
Presiden Vietnam dan setiausaha Parti Komunis, Nguyen Phu Trong, turut akan bertemu Jong-un menjelang lawatannya ke Laos.
Trump pada 9 Feb lau mengesahkan pertemuannya dengan Jong-un akhir bulan ini akan diadakan di Hanoi, Vietnam.
Pertemuan itu juga diharap jadi medan untuk Washington-Pyongyang terus mengukuhkan hubungan dua hala yang sebelum ini berada di tahap terburuk berikutan isu nuklear.
#Amerika Syarikat #Donald Trump #Hanoi #Kim Jong-un #Korea Utara #Mike Pompeo #Pemimpin Korea Utara #Presiden Amerika Syarikat #Pyongyang #sidang kemuncak kedua #su nuklear #Vietnam #Washington