JAKARTA: Empat menteri Kabinet Indonesia hadir di Mahkamah Konstitusi pada Jumaat bagi memberi keterangan dalam perbicaraan kes Pertikaian Hasil Pemilihan Umum (PHPU) Presiden dan Naib Presiden 2024.
Empat menteri berkenaan adalah Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati, Menteri Koordinator Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Muhadjir Effendy, Menteri Koordinator Bidang Ekonomi Airlangga Hartarto dan Menteri Sosial Tri Rismaharini.
"Agenda persidangan mahkamah pagi ini adalah untuk mendengar keterangan daripada empat kementerian tadi.
"Masing-masing dipersilakan memberi keterangan lebih kurang 20-25 minit sebelum para hakim bertanyakan soalan," kata Ketua Mahkamah Konstitusi Hakim Suhartoyo.
Perbicaraan kes PHPU bermula 27 Mac dan mahkamah dijangka membacakan keputusan pada 22 April.
Di awal perbicaraan, dua pasangan calon yang kalah dan barisan peguam masing-masing di hadapan panel hakim mendakwa proses pemilihan, yang dimenangi Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka, dicemari pelanggaran dan penipuan.
Mahkamah diminta membatalkan keputusan, mengarahkan pengundian dijalankan semula dan langkah diambil untuk mencegah penyalahgunaan sumber negara dan bantuan sosial bagi memihak kepada mana-mana calon.
Pasukan undang-undang Prabowo-Gibran menolak semua dakwaan yang dianggap tidak berasas kerana berdasarkan andaian serta kekurangan bukti.
Prabowo-Gibran memperolehi 58.6 peratus atau 96,214,691 undi daripada 164,227,475 undi di Pemilihan Presiden dan Naib Presiden.
Pada 28 Mac, pasangan calon presiden dan naib presiden yang kalah, Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar dan Ganjar Pranowo-Mahfud MD memohon agar mahkamah memanggil beberapa menteri.
Hakim Suhartoyo dan tujuh lagi hakim yang mendengar perbicaraan menolak permohonan itu pada Isnin, namun mesyuarat panel hakim pada Selasa memutuskan para menteri perlu hadir untuk memberi keterangan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024
Empat menteri Kabinet Indonesia hadir di Mahkamah Konstitusi pada Jumaat bagi memberi keterangan dalam perbicaraan kes Pertikaian Hasil Pemilihan Umum (PHPU) Presiden dan Naib Presiden 2024. -Bernama
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Pertikaian Hasil Pemilihan Umum: 4 menteri Indonesia beri keterangan di mahkamah
Perbicaraan kes PHPU bermula 27 Mac dan mahkamah dijangka membacakan keputusan pada 22 April.