DUNIA
Pertunjukan air Ekspo Dunia di Osaka ditangguh akibat bakteria legionella
Pertunjukan hanya akan disambung semula bergantung kepada hasil langkah penambahbaikan mutu air yang telah diambil, termasuk sanitasi, pembersihan paip dan peningkatan peredaran air laut. - AP
OSAKA: Pertunjukan air sempena Ekspo Dunia di Osaka telah ditangguhkan sehingga Jumaat selepas paras tinggi bakteria legionella dikesan dalam air laut di lokasi acara, lapor Agensi Berita Kyodo.
Penganjur ekspo memaklumkan dalam sidang media pada Khamis bahawa paras legionella yang dikesan di Plaza Air semasa ujian pada Rabu adalah 20 kali ganda lebih tinggi daripada had yang dibenarkan mengikut garis panduan mereka, menyebabkan semua pertunjukan dibatalkan bermula Rabu.
Penganjur berkata pertunjukan hanya akan disambung semula bergantung kepada hasil langkah penambahbaikan mutu air yang telah diambil, termasuk sanitasi, pembersihan paip dan peningkatan peredaran air laut di kawasan berkenaan.
Sebelum ini, pemeriksaan oleh pusat kesihatan awam tempatan pada 29 Mei turut mengesan kehadiran bakteria dalam air laut, namun pertunjukan tidak dihentikan ketika itu kerana ujian menyeluruh pada Isnin menunjukkan parasnya tidak membimbangkan.
Plaza Air, yang merupakan sebuah takungan besar air laut, juga menjadi punca masalah lain apabila sera, iaitu serangga kecil, memenuhi lokasi ekspo dan menimbulkan kebimbangan terhadap isu kesihatan.
-- BERNAMA