Skip to main content

Dunia

Peru isytihar darurat di hampir 900 daerah susulan risiko El Nino

Peru expert warns 500+ Andean glacial lakes risk overflow
Seorang pakar Peru memberi amaran lebih 500 tasik glasier di kawasan Andes berisiko melimpah akibat pencairan ais yang semakin meningkat. - Foto REUTERS
Advertisement

LIMA: Kerajaan Peru pada Selasa mengisytiharkan darurat selama 60 hari di 893 daerah merangkumi 23 wilayah susulan risiko  akibat hujan lebat yang dikaitkan dengan fenomena El Nino 2026-2027, lapor Xinhua.

Langkah itu diwartakan menerusi dekri tertinggi yang disiarkan dalam warta rasmi El Peruano bagi mencegah dan mengurangkan risiko akibat hujan lebat dalam beberapa bulan akan datang.

Kerajaan wilayah akan melaksanakan pelan intervensi di bawah penyelarasan teknikal dan pemantauan Institut Pertahanan Awam Kebangsaan, dengan sokongan kementerian berkaitan serta institusi awam dan swasta.

Dekri itu menyatakan bahawa langkah berkenaan mesti berkait secara langsung dengan ancaman iklim dan boleh diselaraskan sepanjang pelaksanaannya berdasarkan keperluan keselamatan serta laporan teknikal.

Kerajaan berkata keputusan itu dibuat berdasarkan laporan yang memberi amaran bahawa keupayaan tindak balas kerajaan wilayah telah terjejas, sekali gus memerlukan bantuan operasi dan teknikal di peringkat nasional.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement