awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu

Bernama
Bernama
07/02/2026
20:00 MYT
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Usaha mencapai perjanjian plastik global telah menjadi agenda kerajaan dan organisasi antarabangsa selama bertahun-tahun, di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat. - Gambar hiasan
ISTANBUL: Perunding yang mengusahakan perjanjian plastik global sedang mengadakan pertemuan bagi memilih pengerusi baharu bagi menggantikan presiden yang meletak jawatan, ketika pakar memberi amaran bahawa pembuatan keputusan berasaskan konsensus mungkin terus menghalang kemajuan rundingan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Jawatankuasa Perundingan Antara Kerajaan (INC), yang ditubuhkan untuk merangka perjanjian global mengenai plastik, kini bersidang bagi sesi INC-5.3 di Geneva untuk memilih kepimpinan baharu dan membincangkan langkah seterusnya susulan peletakan jawatan pengerusinya.
Usaha untuk mencapai perjanjian plastik global telah menjadi agenda kerajaan dan organisasi antarabangsa selama bertahun-tahun, di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kesan penggunaan plastik ke atas alam sekitar dan kesihatan.
Beroperasi di bawah Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP), jawatankuasa itu telah mengadakan lima pusingan utama rundingan sejak 2022.
Bahagian kedua sesi kelimanya, INC-5.2, telah berlangsung di Geneva pada Ogos tahun lepas, namun rundingan mengenai draf teks berkenaan gagal menghasilkan sebarang keputusan, sekali gus mencetuskan kritikan bahawa proses itu telah tergendala.
Susulan kebuntuan itu, pengerusi rundingan yang juga Duta Ecuador ke United Kingdom, Luis Vayas Valdivieso, meletak jawatan dengan alasan peribadi dan profesional.
Delegasi kini kembali ke Geneva untuk memilih pengerusi serta biro baharu, selain menjalankan rundingan serantau yang bertujuan untuk menghidupkan semula proses rundingan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Inc
#pengerusi baharu
#Perjanjian Plastik Global
#alam sekitar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan