Pervez Musharraf hadapai media tempatan

Astro Awani
Mac 31, 2013 23:46 MYT
Seminggu selepas pulang semula ke tanah air, bekas presiden Pakistan Pervez Musharraf berdepan dengan media tempatan.
Beliau antara lain mengaitkan hala tuju politik beliau dengan keputusan mahkamah Pakistan.
Musharraf kembali semula ke tanah air selepas hidup dalam buangan di Arab Saudi selama sembilan tahun.
Menurut bekas presiden Pakistan itu, mahkamah memberinya jaminan selama 14 hari dan 21 hari bersabit dengan kes yang berasingan.
Beliau masih mendapat sokongan partinya Liga Bersatu Muslim Pakistan (APML).
Musharraf berusaha memulihkan imejnya dengan harapan untuk cergas semula dalam politik.
Beliau tidak popular di kalangan pihak perundangan disebabkan permusuhannya dengan hakim-hakim pakistan.
Malah, kadar inflasi Pakistan melonjak selama Pakistan selama 5 tahun di bawahnya.
Beliau dikaitkan kerana mendalangi pembunuhan Benazir Bhutto pada 2007 dan kematian Akbar Bugti, pemimpin nasionalis Baluchistan setahun sebelum itu.
Walaupun mendapat jaminan mahkamah ia tidak bermakna Musharraf tidak boleh ditangkap selepas ini.
#Liga Bersatu Muslim Pakistan #Pakistan #Pervez Musharraf