awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesakit COVID-19 di India dikesan dijangkiti kulat berpotensi membawa maut

Astro Awani
Astro Awani
10/05/2021
04:38 MYT
Pesakit COVID-19 di India dikesan dijangkiti kulat berpotensi membawa maut
Jangkitan kulat yang berpotensi membawa maut dikesan dalam kalangan pesakit COVID-19 atau yang baru saja sembuh dari penyakit itu. -Gambar fail
NEW DELHI: Pakar perubatan di India mengesan jangkitan kulat yang berpotensi membawa maut dalam kalangan pesakit COVID-19 atau yang baru saja sembuh daripada penyakit itu.
Keadaan ini, yang dikenali sebagai mukormikosis, bukanlah sesuatu yang baharu di India kerana ia telah wujud sebelum wabak COVID-19 melanda.
Kulat ini terhasil daripada kulapuk yang tumbuh subur di persekitaran basah.
Ia boleh menyerang saluran pernafasan, berpotensi mengikis struktur wajah dan membahayakan otak, lapor portal The New York Times.
Para doktor dan pakar perubatan berkata kulat berkenaan dikesan menjangkiti beberapa pesakit COVID-19 dengan sistem kekebalan tubuh yang lemah.
Ia diburukkan lagi apabila pesakit itu menghidap penyakit diabetes, yang menjadikan mereka rentan.
Beberapa pakar mengaitkan jangkitan kulat itu dengan peningkatan penggunaan steroid untuk merawat pesakit di hospital.
Faktor lain yang berkemungkinan ialah situasi di mana orang ramai mula merawat diri sendiri menggunakan terapi oksigen di rumah tanpa langkah kebersihan yang betul, kata pakar.
Di bahagian barat Maharashtra, media tempatan melaporkan sekitar 200 pesakit yang pulih COVID-19 kini dirawat setelah mengalami mukormikosis.
Dilaporkan sejumlah lapan pesakit telah meninggal dunia.
Di Gujarat, kerajaan negeri mengarahkan pengasingan wad di hospital untuk rawatan jangkitan tersebut.
Malah 5,000 dos amfoterisin b, ubat yang digunakan untuk mengubatinya, telah disediakan.
Jangkitan sama turut dilaporkan di hospital di ibu negara negara itu, New Delhi.
Pakar kesihatan negara itu kini sedang memantau keadaan.
Topic Berkaitan
#jangkitan kulat
#COVID-19
#mukormikosis
#Media
#India
#New Delhi
#Doktor
#pakar perubatan
#pesakit
#kulapuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan