awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesakit disyaki penghidap MERS di Thailand disahkan bebas jangkitan

Agensi
Agensi
29/06/2015
07:00 MYT
Pesakit disyaki penghidap MERS di Thailand disahkan bebas jangkitan
Thailand telah mengesahkan kes pertama MERS pada awal bulan ini, dan menjadikannya negara Asia keempat yang berdepan ancaman penularannya. - Gambar fail
Seorang lelaki warga Oman yang menjadi kes pertama disyaki dijangkiti Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) telah disahkan bebas daripada virus pembawa maut tersebut.
Kementerian Kesihatan Thailand pada Isnin memberitahu, lelaki berusia 75 tahun itu mengunjungi Bangkok untuk menjalani rawatan jantung dan kemudian didiagnosis sebagai dijangkiti virus tersebut.
Buat masa ini, pesakit itu masih berada dalam kuarantin.
“Dalam keputusan ujian teakhir ke atasnya, kami tidak menemui virus MERS. Keadaannya kini bertambah baik tapi kami masih memantau situasi keseluruhan termasuk jantungnya,” ujar jurucakap kementerian itu.
Tiga saudara lelaki itu yang menyertai kunjungan ke Bangkok juga telah disahkan bebas daripada virus tersebut. Bagaimanapun, seramai 36 orang masih dalam pemantauan ketat.
Negara Gajah Putih itu mengesahkan kes pertama MERS pada awal bulan ini, sekali gus menjadikannya negara Asia keempat yang berdepan ancaman penularannya.
Di Korea Selatan, 31 orang telah meninggal dunia akibat virus berkenaan dan setakat Jumaat lalu sebanyak 181 kes jangkitan dilaporkan.
MERS kali pertama dikenal pasti menjangkiti manusia pada tahun 2012. Ia disebabkan oleh virus korona dari kumpulan yang sama pernah mencetuskan penularan wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada tahun 2003.
Sehingga kini, tiada vaksin atau penawar ditemui.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#korona virus
#MERS
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan