DUNIA
Pesawah serantau berdepan risiko ketidakstabilan harga, banjir, permintaan lemah
Pesawah serantau dijangka berdepan pelbagai cabaran selepas dua pengimport utama, Filipina dan Indonesia, menghentikan pemerolehan beras. - Gambar hiasan
PHNOM PENH: Banjir besar di Asia Tenggara, ditambah permintaan lemah serta lebihan bekalan di pasaran global, dijangka menjejaskan pengeluaran padi dan seterusnya memberi kesan kepada harga serta pendapatan pesawah tahun ini.
Pesawah serantau dijangka berdepan pelbagai cabaran selepas dua pengimport utama, Filipina dan Indonesia, menghentikan pemerolehan beras bagi melindungi industri tempatan masing-masing.
"Jutaan pesawah India merasai tekanan, walaupun terdapat jaringan keselamatan yang menghalang kejatuhan sepenuhnya. Bagi pesawah Thailand, harga rendah dan kerugian tanaman akan menjadi kejutan pendapatan yang serius.
"Vietnam mempunyai pertanian yang cekap, namun pesawahnya mengusahakan sawah berskala kecil. Pesawah di Delta Mekong berdepan harga rendah dan kemasukan air masin yang menjejaskan hasil.
"Ramai pesawah bergantung kepada eksport. Apabila harga global jatuh, mereka segera merasainya," kata Ketua Pengarah Persekutuan Pengeksport Beras India Vinod Kumar Kaul kepada Bernama dari New Delhi.
Harga beras telah jatuh 35 peratus dalam tempoh setahun ke paras terendah sejak 2017, susulan penarikan semula sekatan eksport India pada September tahun lalu.
Menurut persekutuan itu, India mungkin meningkatkan eksportnya kepada sekitar 24 hingga 25 juta tan metrik pada 2025 dan 2026.
Jutaan pesawah Asia Tenggara terus berusaha mengekalkan reputasi rantau itu sebagai "jelapang padi dunia", yang menyumbang kira-kira 30 peratus pengeluaran global, menurut Pusat Agroperhutanan Dunia.
"India masih juara pengeksport beras dunia. Kemajuan dalam teknologi padi hibrid dan subsidi kerajaan akan meningkatkan pengeluaran beras India dan seterusnya menekan India untuk mengeksport pada harga rendah.
"Ini sememangnya menjejaskan pesawah di negara pengeksport beras Asia Tenggara," kata Ahli Lembaga Yayasan Beras Thailand di bawah Naungan Diraja yang berpangkalan di Bangkok, Somporn Isvilanond, kepada Bernama.
Beliau berkata walaupun banjir telah menyebabkan kerosakan di banyak kawasan padi di wilayah selatan, kawasan itu bukan zon pengeluaran beras utama.
Thailand mampu mengekalkan pengeluaran padi sawah sebanyak 24 juta tan metrik, hampir sama seperti tahun lalu.
"Ia tidak menjejaskan jumlah pengeluaran beras negara dengan ketara. Pasaran beras global juga tidak panik dengan situasi banjir di rantau ini," kata Somporn.
Pusat Penyelidikan Kasikorn Thailand mengunjurkan harga beras akan menyusut buat kali pertama dalam tempoh empat tahun, hampir 10.9 peratus tahun ini susulan lonjakan pengeluaran dan peningkatan lebih 34 peratus dalam eksport beras India.
Cabaran pesawah Asia Tenggara adalah dua kali ganda. Vietnam, yang mengambil alih kedudukan Thailand sebagai pengeksport beras kedua terbesar dunia, kini berdepan banjir bermusim dan penyusutan eksport tahun ini.
Pasaran eksport terbesar Vietnam ialah ASEAN, yang memperoleh 60 peratus daripada keseluruhan eksport negara itu.
Filipina, pengimport utama Vietnam dengan kira-kira tiga juta tan metrik, telah memutuskan untuk menghentikan sementara import pada 2025 bagi melindungi pesawah tempatan, menurut Jabatan Pertanian negara itu.
Indonesia, satu lagi pengimport utama beras Vietnam, turut mengumumkan ia menghentikan import beras sehingga akhir tahun ini selepas simpanan beras negara itu mencapai tahap sara diri.
"Pendapatan pesawah bergantung hampir sepenuhnya pada harga ketika musim menuai. Apabila harga eksport jatuh, harga di peringkat ladang jatuh lebih cepat berbanding harga eksport," kata Kaul.
Walaupun Kemboja bukan pemain utama dalam pasaran global, beras wangi premium negara itu tetap popular di peringkat antarabangsa.
"Lima puluh peratus pengeluaran adalah untuk kegunaan domestik dan selebihnya untuk eksport. Jika harga pasaran antarabangsa turun, maka harga padi turut turun.
"CRF sedang bekerjasama dengan bank kerajaan dan bank tempatan untuk mendapatkan lebih banyak pinjaman bagi membeli lebih banyak padi daripada pesawah," kata Setiausaha Agung Persekutuan Beras Kemboja (CRF), Lun Yeng, kepada Bernama.
Kerajaan menyuntik tambahan RM165 juta (AS$40 juta) bulan lalu bagi menstabilkan harga beras tahun ini dan awal 2026, lapor media rasmi Agence Kampuchea Presse.
Kemboja menghasilkan kira-kira 13 juta tan metrik beras setiap tahun, dan separuh daripadanya dieksport.
-- BERNAMA