[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Pesawat Air France 'hilang' dari radar, selamat mendarat

Astro Awani 08/05/2019 | 16:20 MYT
Kawalan trafik udara FlightRadar24 berkata isyarat pesawat penerbangan AF218 itu hilang dari radar, mencetuskan panik. - Gambar fail/REUTERS
SEBUAH pesawat Air France dari Paris ke Mumbai telah hilang dari radar selepas pesawat itu tiba-tiba menuju ke Isfahan, Iran.
Kawalan trafik udara FlightRadar24 berkata isyarat pesawat penerbangan AF218 itu hilang dari radar, mencetuskan panik.
Bagaimanapun, pesawat tersebut akhirnya mendarat dan disahkan selamat.
"Ya, mendarat dengan selamat," kata FlightRadar24 menerusi Twitternya, pada Rabu malam.
Menurut FlightRadar24, sebuah mesej ralat mengatakan, "Penerbangan tidak dijumpai. Penerbangan AF218 tidak dikesan oleh Flightradar24, sama ada luar dari liputan atau telah mendarat."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rekod juga menunjukkan pesawat tersebut terbang dari Perancis melalui Eropah dan Asia barat.
Juruterbang pesawat sebelum itu, mengeluarkan kod kecemasan '7700 squawk' sebelum 'hilang' di kawasan kaki gunung Iran.
Pesawat itu bertolak dari Paris pada 11:21 pagi waktu tempatan dan dijadualkan tiba di Mumbai pada tengah malam.
Menurut kenyataan dari Air France, pesawat penerbangan AF218 ditukar haluan ke Isfahan berikutan kegagalan pada sistem pengudaraan dalam pesawat tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#7700 squawk #Air France #flight AF218 #Flightradar24 #Kawalan trafik udara #Mumbai #Paris