[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
DUNIA

Pesawat Air India berpatah balik ke Hong Kong akibat masalah teknikal

Astro Awani 16/06/2025 | 06:45 MYT
Memetik laporan India TV, juruterbang mengesan masalah tersebut sebelum pesawat Boeing 787-8 Dreamliner itu berpatah balik - Foto/Fail
PESAWAT Air India yang dalam penerbangan ke Delhi dilapor berpatah balik ke Hong Kong dipercayai susulan masalah terknikal.
Memetik laporan India TV, juruterbang mengesan masalah tersebut sebelum pesawat Boeing 787-8 Dreamliner itu berpatah balik.
Laporan itu menambah, pesawat AI315 selamat mendarat semula di Hong Kong.
Bagaimanapun, setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung masalah teknikal berkenaan.
Insiden ini berlaku hanya beberapa hari selepas sebuah pesawat Boeing Dreamliner milik Air India, penerbangan AI171, terhempas berhampiran Ahmedabad sejurus selepas berlepas pada 12 Jun lalu, mengorbankan 270 orang termasuk 241 penumpang, kru kapal dan orang awam.
#Pesawat Air India #Pesawat Boeing 787-8 Dreamliner #berita luar negara