awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Penyertaan masih rendah, bukan bumiputera diseru sertai ATM
MALAYSIA
ACCCIM gesa tangguh peluasan SST kepada Januari 2026, cadang kadar 4 peratus hingga 2027
MALAYSIA
Kadar kebolehpasaran graduan TVET pertanian cecah 81.23 peratus - Mohamad Sabu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Pesawat American Airlines mendarat cemas, api sambar enjin

Sinar Harian
Sinar Harian
28/06/2025
05:15 MYT
Sponsor Banner
Pesawat American Airlines mendarat cemas, api sambar enjin
Jurucakap pentadbiran penerbangan persekutuan (FAA) dalam satu kenyataan memaklumkan, pesawat kembali ke lapangan terbang dan mendarat dengan selamat. - Gambar fail/ Reuters
SEBUAH pesawat American Airlines terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid, Las Vegas selepas api dan asap dilaporkan keluar dari salah satu enjinnya ketika berada di ruang udara.

Ringkasan AI
  • Sebuah pesawat American Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid, Las Vegas selepas asap dan api dilaporkan keluar dari enjin kiri sejurus berlepas.
  • Pesawat jenis Airbus A321 yang membawa 153 penumpang dan enam anak kapal berjaya mendarat dengan selamat tanpa sebarang kecederaan; pemeriksaan awal tidak menemui bukti kebakaran pada enjin.
  • Pesawat digantung perkhidmatan buat sementara waktu bagi siasatan lanjut oleh FAA, manakala syarikat penerbangan merakamkan penghargaan terhadap tindakan pantas kru dan kakitangan.

Insiden yang berlaku pada penerbangan American Airlines 1665 pada Rabu itu, mencetuskan kebimbangan penumpang.
Namun pihak berkuasa mengesahkan bahawa pesawat berjaya mendarat dengan selamat tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.
Menurut Flightradar24, pesawat jenis Airbus A321 itu berlepas dari Las Vegas menuju ke Charlotte, North Carolina.
Hanya beberapa minit selepas berlepas, asap dikesan keluar dari enjin kiri pesawat.
Rakaman video yang tular di media sosial memaparkan detik mencemaskan apabila api dan asap jelas kelihatan keluar dari enjin semasa pesawat sedang berada di udara.
Jurucakap pentadbiran penerbangan persekutuan (FAA) dalam satu kenyataan memaklumkan, pesawat kembali ke lapangan terbang dan mendarat dengan selamat.
Sementara itu, American Airlines dalam kenyataan rasmi berkata, hasil pemeriksaan awal oleh pasukan penyelenggaraan tidak menemui sebarang bukti kebakaran pada enjin.
“Pesawat meluncur ke pintu masuk dengan kuasa sendiri dan penumpang turun seperti biasa,” katanya.
Pihak syarikat turut merakamkan penghargaan terhadap profesionalisme kru penerbangan serta semua kakitangan yang bertindak pantas dalam menangani situasi tersebut.
Seramai 153 penumpang dan enam anak kapal berada dalam pesawat ketika kejadian berlaku.
Pesawat tersebut kini digantung perkhidmatan buat sementara waktu bagi tujuan siasatan dan penilaian lanjut.
FAA memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi menentukan punca kejadian. - Sinar Harian/ Agensi
Topic Berkaitan
#American Airlines
#mendarat cemas
#pesawat terbakar
#enjin terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami