DUNIA
Pesawat ANA patah balik selepas langgar lampu landasan
Penerbangan 639 yang menuju ke Iwakuni, di wilayah Yamaguchi berlepas dari Haneda sekitar 8.55 malam, namun terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang sekitar 10 malam. - Gambar hiasan
TOKYO: Sebuah pesawat All Nippon Airways (ANA) berpatah balik ke Lapangan Terbang Haneda di Tokyo kira-kira sejam selepas berlepas pada Isnin, dengan pihak berkuasa pengangkutan berkata pesawat itu mungkin telah melanggar lampu landasan, lapor agensi berita Kyodo.
Ringkasan AI
Lampu berkenaan didapati rosak, manakala Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun mengesyaki tayar pesawat Boeing 737 itu terkena lampu berkenaan semasa berlepas.
Penerbangan 639 yang menuju ke Iwakuni, di wilayah Yamaguchi berlepas dari Haneda sekitar 8.55 malam, namun terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang sekitar 10 malam.
Hasil pemeriksaan mendapati tayar pesawat mengalami kerosakan.
Pesawat itu mendarat tanpa sebarang insiden, dan ANA mengesahkan bahawa kesemua 174 penumpang serta kru penerbangan berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sebuah pesawat All Nippon Airways (ANA) berpatah balik ke Lapangan Terbang Haneda, Tokyo kira-kira sejam selepas berlepas kerana disyaki melanggar lampu landasan semasa berlepas.
- Kementerian Pengangkutan Jepun mengesyaki tayar pesawat Boeing 737 terkena lampu landasan yang rosak, dan pemeriksaan mendapati tayar pesawat mengalami kerosakan.
- Pesawat yang menuju ke Iwakuni itu mendarat semula tanpa insiden dan kesemua 174 penumpang serta kru berada dalam keadaan selamat tanpa kecederaan.