Skip to main content

Dunia

Pesawat di Shanghai langgar 'aerobridge', semua penumpang selamat

Insiden sebuah pesawat milik China Eastern Airlines bertembung dengan jambatan (aerobridge) di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Hongqiao, Shanghai pada Sabtu. - Gambar media sosial
Insiden sebuah pesawat milik China Eastern Airlines bertembung dengan jambatan (aerobridge) di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Hongqiao, Shanghai pada Sabtu. - Gambar media sosial

Advertisement

SEBUAH pesawat milik China Eastern Airlines bertembung dengan jambatan (aerobridge) di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Hongqiao, pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.

Difahamkan semua penumpang berada dalam keadaan selamat dan berjaya dikeluarkan dari pesawat secara teratur mengikut prosedur keselamatan ditetapkan.

Insiden berlaku ketika pesawat sedang bergerak perlahan menuju ke ruang parkir.

Menurut syarikat penerbangan, kegagalan mekanikal menjadi punca pesawat melanggar jambatan berkenaan.

China Eastern Airlines turut memohon maaf atas kejadian terbabit.

Pihak berkuasa kini sudah membuka siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden tersebut.

Must Watch Video

Advertisement