Pesawat Flydubai terhempas di Rusia, kesemua penumpang dan kru terkorban

Astro Awani
Mac 19, 2016 05:32 MYT
Berikut ialah imej salah satu pesawat flydubai, yang merupakan syarikat penerbangan kos rendah yang beroperasi di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa di Dubai. - Gambar fail
Pesawat flydubai FZ981 terhempas ketika mendarat di bandar Rostov-on-Dov yang terletak di tenggara Rusia, mengorbankan kesemua penumpang dan kru penerbangan jam 3.50 pagi (waktu tempatan), lapor Pusat Kecemasan Rantau Selatan negara itu pada Sabtu.
Kawalan trafik udara dan servis kecemasan Rusia mengesahkan pesawat Boeing 737-800 dari Dubai itu terhempas ketika membuat cubaan mendarat kedua akibat jarak penglihatan yang buruk, lapor portal berita RT.com.
Kementerian Kecemasan Rantau negara itu turut mengesahkan kesemua 55 orang penumpang dan enam kru pesawat malang itu terkorban.
Boeing dalam satu catatan di Twitter berkata pihaknya telah mendapat laporan dan sedang mendapatkan maklumat mengenai nahas tersebut masa ini.

We're aware of reports coming out of Russia and our team is currently gathering more details.

— Boeing Airplanes (@BoeingAirplanes) March 19, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Flydubai Airline turut mengesahkan melalui laman Facebook rasminya, pesawat tersebut terhempas ketika melakukan pendaratan.
Dalam kenyataan melalui laman sesawangnya, syarikat itu mengesahkan nahas itu mengakibatkan kehilangan nyawa, tetapi tidak menyatakan jumlah mereka yang maut.
Katanya, nahas berlaku pada kira-kira 00:50 GMT (8.50 pagi Sabtu waktu Malaysia) ketika pesawat berkenaan melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Rostov-on-Don.
Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) pada 18:20 GMT (2.20 pagi Jumaat waktu Malaysia), katanya.

Update 2:flydubai regrets to confirm that flight FZ981 crashed on landing and that fatalities have been confirmed as a...

Posted by flydubai on Friday, March 18, 2016
Flydubai merupakan syarikat penerbangan kos rendah yang beroperasi di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa di Dubai.
#Dubai #Pesawat flydubai terhempas ketika mendarat di Rostov-on-Dov di tenggara Rusia