awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar

Agensi
Agensi
16/05/2024
02:25 MYT
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Imej enjin pesawat Garuda Indonesia yang terbakar dikongsi di media sosial sejurus berlepas dari bandar Makassar Indonesia. - Gambar media sosial
JAKARTA: Sebuah pesawat yang membawa 468 orang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu (15 Mei) akibat kebakaran enjin, kata syarikat penerbangan Garuda Indonesia, dalam insiden terbaharu dalam rekod keselamatan penerbangan rantau ini.
Syarikat penerbangan Indonesia itu berkata, pesawat Boeing 747-400 penerbangan Garuda-1105 ke Madinah itu kembali ke lapangan terbang asalnya di bandar Makassar Indonesia pada 5.15 petang.
Tiada sebarang kecederaan penumpang dilaporkan.
"Keputusan itu dibuat oleh juruterbang sejurus selepas berlepas, memandangkan masalah enjin yang memerlukan pemeriksaan lanjut selepas percikan api diperhatikan dalam salah sebuah enjin," kata Presiden Pengarah Garuda, Irfan Setiaputra dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Pesawat berkenaan membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal dalam penerbangan itu termasuk jemaah haji, kata Irfan.
Susulan itu, kesemua penumpang dipindahkan ke sebuah penginapan sebelum menaiki penerbangan gantian pada Rabu ke Arab Saudi, jelas beliau.
Rakaman yang disiarkan di media sosial, yang belum disahkan oleh AFP, dikatakan menunjukkan enjin pesawat itu terbakar ketika ia berlepas.
Pesawat berkenaan kini sedang disiasat pihak berwajib. - Agensi
Topic Berkaitan
#Garuda Indonesia
#enjin Garuda Indonesia terbakar
#pendaratan cemas
#Boeing 747-400
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan