awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat India lakukan pendaratan cemas di Turkiye akibat ‘ancaman bom’

Bernama
Bernama
07/09/2024
01:30 MYT
Pesawat India lakukan pendaratan cemas di Turkiye akibat ‘ancaman bom’
Pesawat Vistara Airlines dilaporkan dalam perjalanan dari India ke Jerman apabila ia melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Erzurum.
ERZURUM (Turkiye): Sebuah pesawat penumpang India melakukan pendaratan cemas di bandar timur Turkiye pada petang Jumaat ketika dalam perjalanan ke Jerman atas "faktor keselamatan", lapor Agensi Anadolu.
Pesawat Vistara Airlines dilaporkan dalam perjalanan dari India ke Jerman apabila ia melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Erzurum.
Vistara Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan, penerbangan UK27 dari Mumbai ke Frankfurt (BOM-FRA) dilencongkan ke Turkiye (lapangan terbang Erzurum) atas faktor keselamatan dan mendarat dengan selamat pada jam 1905.
Bagaimanapun, beberapa laporan mencadangkan bahawa pesawat India itu mendarat kerana "ancaman bom."
Menurut sumber, pasukan tindak balas kecemasan Turkiye termasuk Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), kakitangan perubatan, polis dan bomba, segera dihantar ke lapangan terbang susulan pendaratan cemas.
Para penumpang selamat dipindahkan dan pemeriksaan menyeluruh di kawasan kabin dan kargo sedang dijalankan, menurut sumber.
Gabenor Erzurum Mustafa Cifci, dalam satu kenyataan kepada Anadolu mengesahkan bahawa pesawat itu membawa 247 penumpang dan anak kapal.
"Pada masa ini, pasukan berada di lapangan, memeriksa bagasi. Pasukan AFAD selamat memindahkan penumpang. Penguatkuasa undang-undang, termasuk polis operasi khas, dan semua pasukan kami berada di lokasi.
"Semua langkah keselamatan di dalam dan di sekitar pesawatbtelah diambil. Ruang udara Erzurum ditutup untuk penerbangan," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat india
#Vistara Airlines
#pendaratan cemas
#ancaman bom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan