awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat India menuju London dilencongkan ke Jerman selepas ancaman bom

Bernama
Bernama
19/10/2024
10:30 MYT
Pesawat India menuju London dilencongkan ke Jerman selepas ancaman bom
Sebuah pesawat India dengan 147 penumpang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Frankfurt, Jerman selepas menerima ancaman bom ketika dalam perjalanan dari Delhi ke London. -Gambar fail/Unsplash
FRANKFURT: Sebuah pesawat India dengan 147 penumpang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Frankfurt, Jerman selepas menerima ancaman bom ketika dalam perjalanan dari Delhi ke London, kata polis Jerman pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ancaman itu disampaikan melalui platform media sosial X, dengan mendakwa bom yang dipasang di dalam pesawat yang dikendalikan Vistara, menurut jurucakap polis.
Juruterbang segera memaklumkan kepada kawalan trafik udara Jerman dan meminta untuk dilencongkan ke Frankfurt.
Permintaan itu diluluskan dan pesawat itu mendarat pada 9.02 malam (1902 GMT).
Setelah mendarat, kapal terbang diperiksa dengan teliti oleh polis bersama anjing pengesan. Tiada bom ditemukan dan pesawat diisytiharkan selamat.
Pada awal September, satu lagi penerbangan Vistara dari Mumbai ke Frankfurt dilencongkan ke sebuah lapangan terbang di timur Turkiye selepas ancaman bom dijumpai ditulis di atas tisu tandas dalam pesawat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendaratan cemas
#ancaman bom
#Delhi ke London
#pesawat india
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan