DUNIA

Pesawat kargo UPS terhempas di Kentucky, cetus letupan besar

Astro Awani 05/11/2025 | 00:30 MYT
Kepulan asap tebal berwarna hitam dilihat naik ke udara susulan laporan nahas pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Louisville. - Foto AP
LOUISVILLE: Sebuah pesawat kargo milik United Parcel Service (UPS) jenis MD-11 terhempas sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Muhammad Ali di Louisville, Kentucky, mengakibatkan letupan besar dan kebakaran yang masih belum dipadamkan sepenuhnya.


Ringkasan AI
  • Pesawat kargo MD-11 milik UPS terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Muhammad Ali, Louisville, menyebabkan letupan dan kebakaran besar.
  • Tiga anak kapal berada dalam pesawat menuju Honolulu; tiada pengesahan rasmi korban, namun Datuk Bandar Louisville melaporkan beberapa kecederaan.
  • NTSB mengetuai siasatan, dan UPS akan berkongsi maklumat lanjut selepas menerima laporan rasmi.


Menurut kenyataan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), pesawat UPS Penerbangan 2976 yang membawa tiga anak kapal itu dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Daniel K Inouye di Honolulu apabila ia terhempas sekitar jam 5.15 petang waktu tempatan.

Bunyi letupan kuat dilaporkan oleh media tempatan dan penduduk sekitar kawasan kejadian.

Setakat ini, UPS belum mengesahkan sebarang kecederaan atau kematian, namun Datuk Bandar Louisville, Craig Greenberg, memaklumkan terdapat beberapa kecederaan dan menggesa penduduk berhampiran untuk menjauhi kawasan tersebut kerana kebakaran masih berterusan.

Pihak Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) kini mengetuai siasatan rasmi berhubung insiden ini, dengan UPS menyatakan bahawa maklumat lanjut akan dikongsi sebaik sahaja diperoleh daripada pihak berkuasa penyiasat.






#pesawat kargo #UPS #terhempas #kebakaran