Pesawat Latam Airlines mendarat tanpa tayar di Sao Paulo

Astro Awani
Februari 9, 2024 23:45 MYT
Pesawat yang berlepas dari lapangan terbang Rio de Janeiro Santos Dumont dengan destinasi Congonhas di Sao Paulo, telah dilencongkan selepas roda utama kiri dalam dan luar tidak ditemui. - Foto X/FlightMode
SAO PAULO: Sebuah pesawat Airbus LATAM Brasil telah dilencongkan ke lapangan terbang Garulhos di Sao Paulo selepas kehilangan salah satu roda kirinya.
Kejadian dilaporkan berlaku pada Selasa lalu.
Pesawat yang berlepas dari lapangan terbang Rio de Janeiro Santos Dumont dengan destinasi Congonhas di Sao Paulo, telah dilencongkan selepas roda utama kiri dalam dan luar tidak ditemui.
Dalam pada itu, pendaratan selamat dilakukan dan juruterbang berjaya membawa pesawat ke landasan diiringi oleh kenderaan kecemasan.
Sebuah video yang dimuatnaik di saluran YouTube Golf Oscar Romeo berjaya merakam kejadian ketika pesawat mendarat dengan selamat.
#Airbus #Airbus LATAM Brasil #pesawat #tayar hilang