Pesawat latihan terhempas, dua juruterbang tentera India terbunuh

Bernama
Disember 4, 2023 09:22 MYT
Pesawat Pilatus PC-7 Mk II terhempas semasa penerbangan latihan rutin dari Akademi Tentera Udara dekat bandar raya Hyderabad. -Gambar hiasan
NEW DELHI: Dua juruterbang Tentera Udara India terbunuh apabila pesawat latihan yang mereka naiki terhempas di selatan India pada Isnin.
Pesawat Pilatus PC-7 Mk II terhempas semasa penerbangan latihan rutin dari Akademi Tentera Udara dekat bandar raya Hyderabad.
"IAF mengesahkan kedua-dua juruterbang dalam pesawat maut. Tiada kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa orang awam dilaporkan," menurut tentera udara.
"Jawatankuasa penyiasat telah diarah untuk mengenal pasti punca nahas," katanya.
-- BERNAMA
#juruterbang Tentera Udara India terbunuh #pesawat latihan terhempas #Pilatus PC-7 Mk II #Akademi Tentera Udara