awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat mega pertama buatan China mula penerbangan sulung

Bernama
Bernama
01/02/2023
09:21 MYT
Pesawat mega pertama buatan China mula penerbangan sulung
Penerbangan itu merupakan sebahagian daripada penerbangan pengesahan selama 100 jam sejak 26 Disember lepas sebelum C919 digunakan secara rasmi. - Gambar fail/ Reuters
BEIJING: Pesawat mega pertama buatan China C919 menjalankan misi penerbangan MU7817 China Eastern Airlines dari Shanghai dan berjaya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changbei, Nanchang tepat pukul 10.30 pagi Sabtu lalu.
Difahamkan, penerbangan itu merupakan sebahagian daripada penerbangan pengesahan selama 100 jam sejak 26 Disember lepas sebelum C919 digunakan secara rasmi.
Terdahulu, pesawat itu pernah melakukan penerbangan ke bandar Shanghai, Beijing, Chengdu, Xi'an, Haikou, Qingdao, Wuhan dan Jinan yang melibatkan sembilan lapangan terbang.
China Eastern Airlines dijangka bakal melancarkan penerbangan komersial rasmi dengan menggunakan pesawat C919 bagi laluan ke Nanchang, Shanghai dan Beijing.
China Eastern Airlines sebagai pengguna pertama telah menerima pesawat C919 pada 9 Disember 2022 dan pesawat yang dilengkapi dengan 164 kerusi serta mempunyai keunikan dalam hiasan dalaman dan luar kabin diberikan kod B-919A.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat komersial
#buatan China
#C919
#penerbangan sulung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan