awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat mendarat cemas, isteri serang suami curang

Agensi
Agensi
08/11/2017
05:21 MYT
Pesawat mendarat cemas, isteri serang suami curang
Wanita itu bertindak agresif hingga memaksa pesawat Qatar Airways mendarat cemas di Chennai.
GARA-GARA mendapat tahu suaminya bermain kayu tiga, seorang wanita telah membuat kecoh dan bertindak agresif hingga memaksa sebuah pesawat Qatar Airways mendarat cemas di Chennai, selatan India.
Lapor portal antarabangsa New York Post, penumpang itu gagal mengawal diri apabila mendapat tahu suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.
Pesawat yang dinaiki pasangan itu bersama seorang anak dikatakan dalam perjalanan dari Doha, Qatar menuju ke Bali, Indonesia.
Lapor portal itu lagi, semuanya terbongkar apabila wanita itu mengambil kesempatan untuk membuka sistem pengecaman jari sebagai laluan keselamatan membuka telefon bimbit suaminya ketika lelaki itu sedang tidur.
"Sebaik sahaja berjaya membuka laluan keselamatan telefon bimbit suaminya, wanita itu terkejut dan apa yang disyaki adalah benar. Lelaki itu terbukti mempunyai hubungan dengan wanita lain.
"Selepas itu, isteri lelaki tersebut bertindak luar kawalan dengan menyerang suaminya dengan ganas.
"Tindakan isterinya terlalu agresif sehingga memaksa pesawat melakukan pendaratan kecemasan," kata laporan portal itu.
Difahamkan, pesawat itu terpaksa mendarat di selatan India, Chennai untuk menurunkan pasangan itu sebelum meneruskan kembali perjalanan ke destinasi.
Pihak Qatar Airways ketika dihubungi media enggan memberikan sebarang kenyataan atas alasan menjaga privasi pelanggan.
Topic Berkaitan
#Bali
#Chennai
#Indonesia
#keselamatan
#New York Post
#penumpang
#pesawat
#Qatar Airways
#selatan India
#suami curang
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan