DUNIA
Pesawat mendarat cemas, penumpang cuba buka pintu kecemasan
Insiden itu membabitkan pesawat Delta Connection penerbangan 3612 yang dikendalikan oleh SkyWest Airlines dalam perjalanan dari Omaha ke Detroit.
Sebuah pesawat penumpang terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas seorang lelaki cuba membuka pintu kecemasan ketika pesawat sedang berada di udara dalam kejadian malam Khamis.
Ringkasan AI
Insiden itu membabitkan pesawat Delta Connection penerbangan 3612 yang dikendalikan oleh SkyWest Airlines dalam perjalanan dari Omaha ke Detroit, lapor CNN.
Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam waktu tempatan (8:00 pagi Jumaat waktu Malaysia) apabila seorang penumpang bertindak agresif dan bergelut dengan seorang pramugari ketika cuba membuka pintu kecemasan.
Rakaman komunikasi juruterbang yang diperoleh dari laman web LiveATC.net mendedahkan mesej cemas kepada menara kawalan Eastern Iowa Airport di Cedar Rapids.
“Seorang penumpang sedang bergaduh dengan pramugari kami sekarang, cuba membuka pintu kecemasan,” kata juruterbang.
Pesawat tersebut berjaya mendarat dengan selamat dan terus ditunda ke pintu ketibaan tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.
Susulan kejadian, seorang lelaki dikenali sebagai Mario Nikprelaj, 23, dari Nebraska telah ditahan dan didakwa atas lima pertuduhan termasuk mengugut serta menolak pramugari, melakukan gangguan awam serta dua pertuduhan berkaitan dadah selepas pihak berkuasa menemui 41 biji pil Alprazolam (Xanax) dalam simpanannya.
Tertuduh dihadapkan ke mahkamah pada Jumaat dan hakim menetapkan ikat jamin sebanyak AS$10,000 (RM46,800). Setakat ini, tidak jelas sama ada beliau diwakili peguam atau sebaliknya.
Syarikat SkyWest dalam kenyataannya menegaskan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang tingkah laku agresif atau membahayakan.
“Keselamatan pelanggan dan kru adalah keutamaan kami,” kata syarikat penerbangan itu.
Sementara itu, menurut data FAA, lebih 870 laporan mengenai kelakuan tidak terkawal oleh penumpang telah direkodkan sepanjang tahun ini di Amerika Syarikat. - Sinar Harian/ Agensi
Ringkasan AI
- Sebuah pesawat Delta Connection terpaksa melakukan pendaratan cemas di Iowa selepas seorang penumpang bertindak agresif dan cuba membuka pintu kecemasan ketika berada di udara.
- Lelaki berusia 23 tahun dari Nebraska ditahan dan didakwa atas lima pertuduhan termasuk mengugut pramugari serta memiliki dadah jenis Alprazolam; ikat jamin ditetapkan sebanyak AS$10,000.
- SkyWest Airlines menegaskan keselamatan penumpang dan kru adalah keutamaan, sementara FAA melaporkan lebih 870 insiden kelakuan tidak terkawal oleh penumpang direkodkan tahun ini di Amerika Syarikat.