Pesawat pecah tiga ketika mendarat di Istanbul

Reuters
Februari 5, 2020 16:42 MYT
Sebuah kapal terbang menuju ke Lapangan Terbang Sabiha Gokcen di Istanbul terhempas pada Rabu. - Gambar AP Newsrooms.
Sebuah pesawat yang menuju ke Lapangan Terbang Sabiha Gokcen di Istanbul, Turki tergelincir ketika mendarat pada Rabu.
Tiga maut manakala lebih 100 yang lain tercedera dalam insiden itu.
Menteri Pengangkutan Turki, Cahit Turhan berkata, kemalangan itu menyebabkan kapal terbang tersebut pecah kepada tiga bahagian.
Kata beliau, keadaan itu berlaku akibat pendaratan secara mengejut hingga menyebabkan beberapa penumpang cedera.

Istanbul-SAW RWY 06/24 is currently Notamd closed due to aircraft crash. Photos and video from the scene indicate an aircraft suffered a runway excursion. The last flight to land at SAW was Pegasus #PC2193. https://t.co/fyQBnX2j8K pic.twitter.com/1o5Jhk99eB

— Flightradar24 (@flightradar24) February 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambah Turhan lagi, kapal terbang itu membawa seramai 177 penumpang dan enam krew dari wilayah barat Turki di Izmir.
Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya menerusi ciapan di akaun Twitter berkata, pasukan bertindak kecemasan sedang berusaha keras mengeluarkan para penumpang.

Sabiha Gökçen Havaliman'ndan saat 19.40 itibariyle 52 yaralmz ambulanslarla çevredeki hastanelere sevk ettik. 112 Acil, 110 tfaiye ve AFAD ekiplerimizce balatlan tahliye çalmalarmz devam ediyor. Gelimeleri paylamaya devam edeceiz.

— Ali Yerlikaya (@yerlikayaali34) February 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berdasarkan beberapa laporan media Turki, beberapa bahagian kapal terbang itu telah dipecahkan di bahagian untuk mengeluarkan penumpang.
Para penumpang berjaya dikeluarkan dengan selamat daripada kapal terbang yang mendarat di atas rumput itu.
Rakaman awal turut menunjukan bahagian luar kapal terbang itu telah terbakar akibat kemalangan tersebut.
Jurucakap Pegasus Airlines mengesahkan kejadian tersebut namun beliau enggan mengulas lanjut.
#Ali Yerlikaya #Cahit Turhan #Gabenor Istanbul #Istanbul #kapal terbang #kemalangan #Lapangan Terbang Sabiha Gokcen #terhempas #Turki