DUNIA

Pesawat pengangkut Rusia terhempas, 32 maut

Agensi 06/03/2018 | 14:35 MYT
Pesawat AN-26 itu dilaporkan terhempas ketika mendarat di Pangkalan Hmeimim.
SEBUAH pesawat pengangkut Rusia terhempas dan membunuh kesemua 32 penumpang termasuk enam anak kapalnya, lapor Kementerian Pertahanan Rusia.

Pesawat AN-26 itu dilaporkan terhempas ketika mendarat di Pangkalan Hmeimim berdekatan bandar persisir pantai Latakia.

Siasatan awal mendapati, kegagalan teknikal mungkin punca nahas itu berlaku.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kementerian Pertahanan Rusia memaklumkan, nahas berlaku pada jam 3 petang waktu tempatan.

"Pesawat itu terhempas ketika berada pada ketinggian kira-kira 500 meter dari landasan,' tambahnya.

Susulan itu, satu suruhanjaya khas ditubuhkan bagi membantu siasatan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pada 7 Januari lalu, tentera Rusia mengesahkan berjaya mengagalkan serangan drone di Hmeimim.

Ia seminggu selepas pesawat perang Rusia rosak di pangkalan akibat serangan mortar.





#pesawat #Rusia #siasatan #Syria #terhempas