DUNIA
Pesawat pengebom B-2 'gegar' ruang udara ketika pertemuan Trump-Putin di Alaska
Kehadiran pesawat itu menarik perhatian Putin yang berhenti seketika dan mendongak ke langit, ketika beliau berjalan di atas karpet merah bersama Trump di Pangkalan Bersama Elmendorf-Richardson, Anchorage. - Gambar/ AP
AMERIKA Syarikat (AS) seolah-olah mempamerkan kekuatan ketenteraan apabila pesawat pengebom halimunan B-2 Spirit, diiringi jet pejuang, membuat lintasan udara ketika Presiden Donald Trump menyambut ketibaan Presiden Rusia Vladimir Putin di Alaska.
Ringkasan AI
Kehadiran pesawat itu menarik perhatian Putin yang berhenti seketika dan mendongak ke langit, ketika beliau berjalan di atas karpet merah bersama Trump di Pangkalan Bersama Elmendorf-Richardson, Anchorage.
Rakaman video insiden berkenaan kini tular di media sosial.
Putin hadir ke Alaska pada Jumaat untuk berunding mengenai konflik Rusia-Ukraine.
Perjumpaan berprofil tinggi ini menandakan satu detik penting dalam hubungan dua hala antara Washington dan Moscow.
Pesawat B-2 Spirit, yang dibina oleh Northrop Grumman, merupakan pesawat ketenteraan paling mahal di dunia dengan kos sekitar AS$2.1 bilion seunit.
Ia direka untuk menembusi sistem pertahanan udara canggih dan melancarkan serangan tepat ke atas sasaran berkubu, seperti yang dilakukan dalam serangan ke atas tapak nuklear Iran pada Jun lalu.
Dengan jarak operasi melebihi 11,000 kilometer tanpa perlu mengisi minyak, B-2 mampu melancarkan serangan dari pangkalan di tanah besar AS ke mana-mana sasaran di dunia.
Ia juga boleh membawa pelbagai jenis senjata konvensional dan nuklear, termasuk bom penembus kubu seberat 30,000 paun.
Konflik Rusia-Ukraine yang bermula pada Februari 2022 telah meragut ribuan nyawa dan masih berlarutan. Dalam sidang media selepas pertemuan selama tiga jam, Presiden Trump menegaskan bahawa tiada penyelesaian dicapai, manakala Presiden Putin menyifatkan rundingan itu sebagai menyeluruh dan bermanfaat.
Putin turut menyatakan bahawa Rusia benar-benar berminat untuk menamatkan konflik, namun menekankan terdapat kebimbangan sah yang perlu diberi perhatian.
Ringkasan AI
- Presiden Donald Trump dan Presiden Vladimir Putin bertemu di Alaska untuk rundingan konflik Rusia-Ukraine, dengan lintasan pesawat pengebom B-2 Spirit menarik perhatian semasa ketibaan Putin.
- B-2 Spirit merupakan pesawat pengebom halimunan paling mahal di dunia, direka untuk menembusi pertahanan udara dan melancarkan serangan tepat, termasuk ke atas tapak nuklear Iran sebelum ini.
- Rundingan selama tiga jam tidak mencapai penyelesaian, namun Putin menyifatkan pertemuan itu sebagai menyeluruh dan bermanfaat, sambil menegaskan Rusia berminat menamatkan konflik dengan mengambil kira kebimbangan sah.