awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat penumpang 2 kali ganda laju Concorde dibangun di China

Amanz
Amanz
31/10/2024
10:15 MYT
Pesawat penumpang 2 kali ganda laju Concorde dibangun di China
Sekiranya pesawat ini menjadi kenyataan, ia akan terbang dua kali lebih pantas berbanding Concorde (Mach 2.04). - Gambar/ Amanz
MINGGU ini syarikat Space Transportation (juga dikenali sebagai Lingkong Tianxing Technology) yang berpangkalan di Beijing mengumumkan kejayaan pesawat prototaip supersonik mereka yang kelak akan terbang pada kelajuan Mach 4 (4939 km/j).
Sekiranya pesawat ini menjadi kenyataan, ia akan terbang dua kali lebih pantas berbanding Concorde (Mach 2.04) dan lebih pantas berbanding pesawat perisik SR-71 Blackbird (Mach 3.5).
Pesawat penumpang supersonik yang diberi nama Yunxing ini disasarkan akan melakukan penerbangan skala sebenar pertama menjelang 2027. Space Transportation akan melakukan ujian enjin pesawat pada bulan November.
Gambar yang dikongsi menunjukkan rekaan Yunxing yang mirip dengan SR-71. Dengan dua enjin di bahagian sayap dan juga tubuh serba hitam.
Tiada maklumat lanjut mengenai jumlah penumpang yang boleh dibawa atau jarak penerbangan. Dengan kelajuan Mach 4, perjalanan dari Beijing ke New York boleh dilakukan dalam masa hanya dua jam berbanding hampir 16 jam sekarang.
Selain China hanya Amerika Syarikat sahaja pada ketika ini mempunyai projek membangunkan pesawat penumpang supersonik (SST).
NASA sudahpun menguji pesawat prototaip X-59 QueSST yang akan terbang dengan senyap tanpa isu letupan sonik.
Sementara itu Boom Supersonic juga berjaya melalukan ujian prototaip XB-1 untuk pesawat penumpang Overture yang akan terbang pada kelajuan Mach 1.7. - Amanz
Topic Berkaitan
#China
#pesawat supersonik
#Yunxing
#concorde
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan