awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat penumpang terhempas di kawasan pergunungan di Afghanistan

Bernama
Bernama
21/01/2024
10:35 MYT
Pesawat penumpang terhempas di kawasan pergunungan di Afghanistan
Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan Russia pada Ahad berkata pesawat Falcon 10 itu membawa enam orang, empat orang kru dan dua penumpang. - X @visegrad24
MOSCOW: Sebuah pesawat penumpang terhempas di Afghanistan, lapor Agensi Berita Afghanistan Pajhwok pada Ahad, memetik pegawai tempatan, lapor Sputnik.
Menurut laporan itu nahas berlaku di kawasan pergunungan di wilayah Badakhshan, Afghanistan.
Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan Russia (Rosaviatsiya) pada Ahad berkata pesawat Falcon 10 itu membawa enam orang, empat orang kru dan dua penumpang.
Pesawat itu telah menyimpang dari laluan asalnya, lapor Agensi Berita Afghanistan Khaama Press.
"Permulaan: Terdapat enam orang di dalam pesawat itu -- empat kru dan dua penumpang," menurut agensi itu di Telegram.
Pesawat itu, yang didaftarkan dalam Daftar Negara Pesawat Awam Rusia, berhenti membuat hubungan dan hilang daripada skrin radar pada petang Sabtu ketika berada di ruang udara Afghanistan berhampiran sempadan dengan Tajikistan.
Menurut pihak berkuasa pesawat itu sedang melakukan penerbangan ambulans sewa dan dalam perjalanan dari Gaya (India) ke Zhukovsky (Rusia).
Rosaviatsiya sedang berhubung dengan pihak berkuasa penerbangan Afghanistan dan Tajikistan. Operasi mencari pesawat itu sedang dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat penumpang
#pesawat terhempas
#Afghanistan
#badakhstan
#falcon 10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan