DUNIA
  
            Pesawat Qantas dari Singapura ke London mendarat cemas di Azerbaijan
A380 "QF1" terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heydar Aliyev di Baku pada kira-kira 2.15 petang (0915 GMT). - Qantas
            
      SYDNEY: Sebuah pesawat syarikat penerbangan Australia, Qantas, melakukan pendaratan cemas di Baku Azerbaijan, lapor media pada Jumaat.
A380 "QF1" terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heydar Aliyev di Baku pada kira-kira 2.15 petang (0915 GMT), lapor Xinhua, memetik Sydney Morning Herald.
Pesawat itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Heathrow London pada 0615 GMT selepas meninggalkan Lapangan Terbang Changi Singapura sejurus tengah malam.
Pesawat itu dilaporkan telah mendarat di Baku dengan selamat.
"Penerbangan kami dari Singapura ke London telah melakukan pendaratan tidak berjadual di Lapangan Terbang Baku di Azerbaijan selepas juruterbang menerima penunjuk kerosakan di kokpit," kata jurucakap itu.
Jurucakap itu berkata jurutera akan memeriksa pesawat itu sebelum meneruskan perjalanan.
-- BERNAMA