DUNIA
Pesawat ringan terhempas di kawasan perumahan California, 2 maut
Pesawat yang terhempas dan terbakar memusnahkan dua buah rumah. -AP
LOS ANGELES: Sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan kediaman di Santee, 220 kilometer (km) selatan Los Angeles pada Isnin mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang.
Menurut Xinhua, pesawat itu terhempas kira-kira 12.15 tengah hari waktu tempatan dan pihak berkuasa belum dapat memastikan jumlah sebenar penumpang dalam pesawat itu.
Video yang dirakam FOX 5 News menunjukkan pesawat yang terbakar itu memusnahkan dua buah rumah.
Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan untuk mengesahkan sama ada penghuni rumah berkenaan selamat atau sebaliknya.
Seorang saksi kejadian memberitahu wartawan FOX 5 beliau mendapat panggilan telefon daripada jirannya yang memberitahu ibu dan ayahnya dikejarkan ke hospital.
Punca nahas sedang disiasat.
-- BERNAMA