Pesawat tentera Rusia bawa 91 orang terhempas di Laut Hitam, lapor Interfax

Agensi
Disember 25, 2016 06:25 MYT
Pesawat itu dilaporkan hilang dan terhempas di Laut Hitam, sejurus selepas meninggalkan Sochi. - Foto Google Maps
Sebuah pesawat tentera milik Kementerian Pertahanan Rusia, TU-154, yang dilaporkan hilang dari radar ketika melintas ruang udara di atas Laut Hitam telah jatuh terhempas, pada Ahad, lapor agensi berita Interfax.
Pesawat itu membawa seramai 91 orang.
Sebuah pasukan mencari dan menyelamat telah menemui lokasi nahas di Laut Hitam berdekatan pesisiran Sochi.
Sementara itum agensi berita Rusia lain melaporkan, pesawat Rusia itu hilang dari radar sejurus berlepas dari Sochoi, iaitu sebuah bandar peranginan.
#Kementerian Pertahanan #Laut Hitam #pesawat Rusia terhempas #Sochi