awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tahun Baharu China: PLUS aktifkan 32 lokasi Smart Lane
Lelaki didakwa edar methamphetamine
PM Anwar, KSI bincang kerjasama strategik selari agenda MADANI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat tentera terhempas di kawasan perumahan Texas

Agensi
Agensi
20/09/2021
00:36 MYT
Pesawat tentera terhempas di kawasan perumahan Texas
Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan kepulan asap memenuhi ruang udara selepas kejadian. -Reuters
TARRANT COUNTY: Sebuah pesawat tentera terhempas di kawasan perumahan di Lake Worth, Texas, Amerika Syarikat pada Ahad.
Kejadian turut menyebabkan kerosakan pada beberapa kediaman selain gangguan pada bekalan elektrik.
Pada sidang media, Ketua Polis Lake Worth JT Manoushagian mengesahkan kedua-dua juruterbang pesawat cedera dan sedang menerima rawatan.
Ketika pihak berkuasa tiba di tempat kejadian, mereka mendapati payung terjun salah seorang juruterbang tersangkut pada tiang elektrik.
Seorang lagi juruterbang ditemui di kawasan berdekatan.
Tiada kecederaan dialami oleh penduduk, namun tiga rumah dilaporkan mengalami kerosakan dalam nahas itu.
Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan kepulan asap memenuhi ruang udara selepas kejadian.
Pesawat tersebut dilaporkan sebagai jet latihan, namun modelnya tidak didedahkan.
Difahamkan kawasan kejiranan itu kerap digunakan oleh tentera bagi menjalani misi latihan.
Siasatan sedang dijalankan dan perincian tepat tentang misi latihan belum diketahui.
Topic Berkaitan
#latihan tentera
#pesawat tentera terhempas
#kawasan perumahan
#Lake Worth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan