INTERNATIONAL

Pesawat tentera terhempas, sekurang-kurangnya 18 maut

Isabelle Leong 02/01/2020 | 21:30 MYT
Sekurang-kurangnya 18 penumpang termasuk tiga anak kapal maut dalam kejadian ini. -Twitter
SEBUAH pesawat tentera terhempas pada Khamis sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang di barat Darfur, Sudan.

Difahamkan sekurang-kurangnya 18 penumpang termasuk tiga anak kapal maut dalam kejadian yang berlaku 10 kilometer dari Lapangan Terbang el-Geneina.

Memetik laporan CNN, kejadian tersebut turut mengorbankan empat kanak-kanak.

Siasatan sedang dijalankan pihak berkuasa berhubung punca pesawat Antonov 12 berkenaan terhempas.




#el-Geneina #kru #maut #penumpang #pesawat tentera #Sudan #terhempas