DUNIA
Pesawat tentera Thailand terhempas di Chiang Mai, dua juruterbang terbunuh
Pesawat terhempas sekitar jam 10.30 pagi berhampiran Ban Huay Fang sebelum terbakar, dengan kedua-dua juruterbang terperangkap di dalam kokpit. -Foto Facebook Army Military Force
BANGKOK: Dua juruterbang Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) maut selepas pesawat latihan jenis AT‑6TH dinaiki mereka terhempas di kawasan hutan dalam daerah Chom Thong, Chiang Mai, pada pagi Khamis.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut kenyataan RTAF, pesawat itu terhempas sekitar jam 10.30 pagi berhampiran Ban Huay Fang sebelum terbakar.
Pasukan penyelamat melaporkan bangkai pesawat masih marak terbakar ketika mereka tiba di lokasi dan hanya dapat diperiksa selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya.
Mayat kedua-dua juruterbang, dikenali sebagai Bom dan Johnny, ditemui terperangkap di dalam kokpit.
Lokasi nahas terletak hampir satu kilometer dari jalan utama dan hanya boleh diakses melalui denai hutan berbukit.
Pesawat AT‑6TH Wolverine itu merupakan pesawat latihan dan serangan ringan keluaran Beechcraft, dan baru diperkenalkan dalam armada RTAF bagi menggantikan model lama.
Ia adalah sebahagian daripada lapan pesawat yang beroperasi di Wing 41, pangkalan udara Chiang Mai.
RTAF memaklumkan bahawa pesawat berkenaan sedang menjalani latihan rutin ketika kejadian berlaku, dan punca nahas kini dalam siasatan.
Seorang saksi memberitahu media tempatan yang dia melihat pesawat tersebut menjunam secara menegak sebelum dua letupan kuat kedengaran.
Kawasan impak turut meninggalkan kawah sedalam kira-kira 10 meter dengan serpihan bertaburan di sekeliling tapak nahas.
Pihak berkuasa telah mengarahkan pasukan penyiasat ke lokasi untuk meneliti bangkai pesawat serta mengenal pasti punca nahas.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Dua juruterbang Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) maut selepas pesawat latihan jenis AT-6TH terhempas di kawasan hutan Chom Thong, Chiang Mai.
- Pesawat terhempas berhampiran Ban Huay Fang sekitar jam 10.30 pagi, terbakar, dan kedua-dua juruterbang ditemui terperangkap di dalam kokpit.
- Pesawat AT-6TH Wolverine merupakan pesawat latihan dan serangan ringan yang baharu diperkenalkan dalam armada RTAF, dan nahas itu sedang disiasat.
Menurut kenyataan RTAF, pesawat itu terhempas sekitar jam 10.30 pagi berhampiran Ban Huay Fang sebelum terbakar.
Pasukan penyelamat melaporkan bangkai pesawat masih marak terbakar ketika mereka tiba di lokasi dan hanya dapat diperiksa selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya.
Mayat kedua-dua juruterbang, dikenali sebagai Bom dan Johnny, ditemui terperangkap di dalam kokpit.
Lokasi nahas terletak hampir satu kilometer dari jalan utama dan hanya boleh diakses melalui denai hutan berbukit.
Pesawat AT‑6TH Wolverine itu merupakan pesawat latihan dan serangan ringan keluaran Beechcraft, dan baru diperkenalkan dalam armada RTAF bagi menggantikan model lama.
Ia adalah sebahagian daripada lapan pesawat yang beroperasi di Wing 41, pangkalan udara Chiang Mai.
RTAF memaklumkan bahawa pesawat berkenaan sedang menjalani latihan rutin ketika kejadian berlaku, dan punca nahas kini dalam siasatan.
Seorang saksi memberitahu media tempatan yang dia melihat pesawat tersebut menjunam secara menegak sebelum dua letupan kuat kedengaran.
Kawasan impak turut meninggalkan kawah sedalam kira-kira 10 meter dengan serpihan bertaburan di sekeliling tapak nahas.
Pihak berkuasa telah mengarahkan pasukan penyiasat ke lokasi untuk meneliti bangkai pesawat serta mengenal pasti punca nahas.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah jenis pesawat yang terhempas di Chom Thong, Chiang Mai?
A: Pesawat yang terhempas adalah pesawat latihan jenis AT-6TH Wolverine. - Q: Berapakah jumlah juruterbang yang maut dalam kejadian nahas tersebut?
A: Dua juruterbang Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) maut dalam kejadian nahas tersebut. - Q: Apakah nama kedua-dua juruterbang yang ditemui terperangkap di dalam kokpit?
A: Kedua-dua juruterbang yang ditemui terperangkap di dalam kokpit dikenali sebagai Bom dan Johnny. - Q: Bagaimanakah keadaan pesawat ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian?
A: Bangkai pesawat masih marak terbakar ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian. - Q: Apakah tugas pesawat AT-6TH Wolverine dalam armada RTAF?
A: Pesawat AT-6TH Wolverine merupakan pesawat latihan dan serangan ringan dalam armada RTAF untuk menggantikan model lama.