INTERNATIONAL

Pesawat terbabas dalam sungai, 142 penumpang dan kru berdepan detik cemas

Agensi 04/05/2019 | 03:07 MYT
Pesawat berada di kawasan air cetek dan pasukan penyelamat cuba membawa penumpang ke lokasi selamat selain mengawal tumpahan minyak di situ. -Twitter
Sejumlah 142 penumpang dan kru berdepan detik cemas apabila sebuah pesawat komersial yang dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai ketika mendarat.
Dalam kejadian di Florida, Amerika Syarikat pada Jumaat malam waktu tempatan, pesawat Boeing 737 itu gagal berhenti di atas landasan lalu terjunam ke dalam Sungai St Johns.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Balai Polis Jacksonville, pesawat itu berada di kawasan air cetek dan pasukan penyelamat sedang cuba membawa penumpang ke lokasi selamat selain mengawal tumpahan minyak di situ.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Laporan media tempatan menyebut bahawa penumpang dilihat berdiri di atas sayap pesawat dan bersedia untuk diselamatkan dengan bot pelampung.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kesemua 136 penumpang dan tujuh kru berjaya diselamatkan dan tiada kecederaan dilaporkan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Balai Polis Jacksonville #boeing 737 #pendaratan cemas #pesawat komersial #pesawat terbabas #Sungai St Johns #terjunam dalam sungai