[TERKINI] Kes Zara Qairina: JSJ Sahkan Pegawai Penyiasat Tidak Patuh SOP, Gagal Mohon Bedah Siasat – Ikuti Perkembangan Di Sini
INTERNATIONAL

Pesawat terbakar, 2 penumpang cedera ringan

Astro Awani 25/02/2025 | 23:30 MYT
Siasatan awal mendedahkan, juruterbang tersebut didapati hilang kawalan selepas berlepas dari sebuah lapangan terbang berdekatan. - Foto X/Scott
TEXAS: Sejumlah dua penumpang cedera ringan apabila sebuah pesawat Starduster II dinaiki mereka terhempas lalu terbakar di Tarrant County, Texas, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin waktu tempatan.

Menurut Jabatan Bomba Lake Worth, pihaknya berjaya memadamkan kebakaran namun pesawat tersebut musnah sepenuhnya.

Siasatan awal mendedahkan, juruterbang tersebut didapati hilang kawalan selepas berlepas dari sebuah lapangan terbang berdekatan.

Namun setakat ini, pejabat Sheriff Tarrant County, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) serta Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NSTB) masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar nahas itu berlaku.

Laporan awal kemalangan oleh NTSB dijangka dikeluarkan dalam tempoh terdekat.




#pesawat terbakar #Starduster II #terhempas #Nahas