Pesawat terhempas di Alaska, enam terkorban

Bernama
Ogos 6, 2021 10:01 MYT
Pesawat de Havilland Beaver itu terhempas berhampiran bandar Ketchikan. - Gambar/ Bernama
MOSCOW: Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di Alaska, utara Amerika Syarikat dan mengorbankan enam penumpang termasuk seorang juruterbang, lapor Sputnik.
Menurut stesen penyiaran Media Awam Alaska, pesawat de Havilland Beaver itu terhempas berhampiran bandar Ketchikan selepas menghantar isyarat kecemasan kepada pegawal pantai pada 19:20 GMT Khamis.
Punca nahas masih disiasat.
#pesawat terhempas #maut #penumpang #Juruterbang