DUNIA
Pesawat terjun udara terbabas di New Jersey, lima penumpang dikejarkan ke hospital
Punca kejadian masih dalam siasatan, dan pihak berkuasa belum mengesahkan tahap kecederaan mangsa. - Foto X/@NBCPhiladelphia
NEW JERSEY: Sebuah pesawat kecil yang membawa 15 individu untuk aktiviti terjun udara telah terbabas di hujung landasan di Lapangan Terbang Cross Keys, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) pada petang Rabu, menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang cedera dan dihantar ke hospital.
Menurut jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), pesawat jenis Cessna 208B itu sedang bersiap untuk penerbangan terjun udara apabila insiden berlaku sekitar jam 5.15 petang waktu tempatan.
Punca kejadian masih dalam siasatan, dan pihak berkuasa belum mengesahkan tahap kecederaan mangsa.
Kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Universiti Cooper di Camden, dengan pasukan trauma dan EMS hospital turut dikerahkan ke lokasi kejadian.
Jurucakap hospital, Wendy A. Marano, menyatakan bahawa maklumat lanjut mengenai keadaan mangsa masih belum tersedia.
Lapangan Terbang Cross Keys merupakan lokasi popular untuk aktiviti terjun udara komersial, termasuk operasi oleh syarikat Skydive Cross Keys.
Seorang wakil lapangan terbang enggan mengulas lanjut dan merujuk semua pertanyaan kepada syarikat tersebut.
Insiden ini telah diklasifikasikan sebagai “insiden korban besar” oleh Pejabat Pengurusan Kecemasan Daerah Gloucester, dan orang awam diminta untuk mengelakkan kawasan sekitar sementara siasatan dijalankan.