INTERNATIONAL
Pesawat United Airlines elak perlanggaran di udara, dua penumpang cedera

Seorang penumpang cedera parah dan seorang lagi cedera ringan selepas juruterbang penerbangan UA 2428 dari Newark, New Jersey menerima amaran perlanggaran dari pusat kawalan trafik udara Oakland. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Dua penumpang cedera ketika juruterbang pesawat United Airlines terpaksa membuat maneuver untuk menggelakkan pelanggaran di udara, lapor United Press International (UPI).
Ringkasan AI
- Dua penumpang cedera ketika juruterbang United Airlines melakukan maneuver untuk mengelakkan pelanggaran di udara pada ketinggian 31,000 kaki.
- Seorang penumpang cedera parah dan seorang lagi cedera ringan; kedua-duanya dibawa ke hospital.
- Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) sedang menyiasat kejadian tersebut.
Maneuver itu adalah "pertahanan terakhir terhadap perlanggaran di udara," menurut Persatuan Penerbangan Perniagaan Kebangsaan.
United Airlines memaklumkan bahawa tanda tali pinggang keselamatan telah dinyalakan, namun dua penumpang termasuk seorang yang tidak berada di tempat duduk ketika kejadian mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital.
Rakaman audio daripada LiveATC.net mendedahkan juruterbang melaporkan kecemasan perubatan kepada pengawal trafik udara di Oakland dengan menyatakan "seseorang mungkin patah buku lali dan beberapa penumpang cedera semasa kami menerima RA (Resolusi Amaran)."
Insiden itu berlaku pada ketinggian 31,000 kaki, kira-kira 70 batu utara San Francisco.
Data daripada FlightRadar24 menunjukkan pesawat Southwest Airlines berada kira-kira 3,000 kaki di bawah penerbangan United Airlines, dan pesawat SkyWest berada kira-kira 1,000 kaki lebih rendah.
FAA kini sedang menyiasat kejadian itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami