KAJIAN vaksin COVID-19 oleh Johnson & Johnson ditangguh buat sementara waktu kerana salah seorang peserta didakwa jatuh sakit.

Namun, Johnson & Johnson mengesahkan perkara itu namun tidak menjelaskan dengan terperinci jenis penyakit yang dihidapi peserta terbabit.

"Kami perlu menghormati privasi peserta. Kami juga sedang membuat penelitian berkaitan penyakit yang dihidapi peserta ini, dan penting untuk kami memastikan setiap fakta sebelum kami berkongsi sebarang maklumat," kata syarikat itu dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Johnson & Johnson juga menekankan sebarang kesan buruk yang direkod merupakan perkara biasa yang menjadi sebahagian daripada kajian klinikal.
BACA BERITA BERHUBUNG COVID-19 DI SINI


"Ada perbezaan antara penangguhan kajian dan penangguhan klinikal. Penangguhan klinikal biasanya lebih lama dan kajian ini bukan ditangguhkan secara klinikal," tambah kenyataan itu.

Johnson & Johnson mula menerima sukarelawan untuk kajian vaksin tahap 3 bermula 23 September lalu.

Penyelidik menyasarkan untuk menerima 60,000 peserta dari seluruh dunia.