Putera dari sebuah keluarga diraja Bali, Putera Tjokorda Raka Putra, menjangkakan sebuah ‘hadiah’ daripada dewa Gunung Agung sejak tanda-tanda letupan gunung suci tersebut mula dikesan sejak 19 September lalu.
Gunung di pulau peranginan Bali itu dikatakan boleh meletus pada bila-bila masa sahaja oleh sebab ratusan gegaran yang dirasai setiap hari.
Pihak berkuasa tempatan sudahpun mengisytiharkan keadaan darurat dengan lebih 120,000 penduduk dalam radius 12km dari gunung itu telah dipindahkan.
54 tahun sejak letupan terakhir
Tanggal 19 Februari 1963 menyaksikan letupan terbesar Gunung Agung dalam sejarah Indonesia yang meragut lebih 1,100 nyawa dan memusnahkan ratusan kampung di wilayah Karangasem dalam jangka masa lebih kurang satu tahun.
Seperti yang disaksikan Putera Tjokorda dan penduduk Bali lain, ‘hadiah’ tersebut berupa asap tebal, batu dan lahar dari puncak gunung tersebut.
“Hadiah itu seperti bom di puncak gunung. Asap tebal dan lahar melonjak tinggi ke langit,” kata putera itu di istana beliau di Klungkung, kepada portal Channel NewsAsia.
Tambah beliau lagi, lahar mengalir sejauh tujuh kilometer dari kawah.
Bali dilanda debu dan ribut pasir setiap hari dengan dihujani batu-batu dari langit serta abu tebal di serata pulau, menurut agensi berita ABC.
Antara 1963 dengan 1964, sekitar 280 juta meter padu dimuntahkan dari gunung suci itu.
Lahar mengalir sejauh 14km ke utara dan 12km selatan.
Menurut kajian pemerintah Bali pada waktu itu, letusan seterusnya tidak akan menjadi sebesar tragedi 1963.
Namun, ketua mitigasi gunung berapi bagi Indonesia Timur Dr Devy Kamil Syahbana tidak menolak kemungkinan letusan yang akan datang ini adalah sebesar letusan tersebut.
Apakah tragedi 1963 bakal berlaku lagi?
Ke hadapan pada September 2017, perkara yang sama boleh terjadi lagi, mungkin lebih awal dari jangkaan para pengkaji gunung berapi.
Gunung suci itu boleh meletus dalam masa beberapa jam, hari atau lebih lama lagi.
Perkara ini mungkin disebabkan aktiviti magma tidak menentu dalam kawah ketika lahar panas cuba mencapai permukaan gunung.
Sejak tragedi 1963, tiada gegaran dilaporkan dari Gunung Agung.
Walau bagaimanapun, lebih 700 gegaran telah dikesan dalam sehari pada minggu lepas, dengan gegaran terkuat berlaku pada 4.3 skala Richter.
Frekuensi gegaran yang sebegitu kerap berlaku merisaukan ahli-ahli seismologi kerana tidak pernah terjadi sebelum ini pada peristiwa ledakan yang lain.
“Jumlah lebih 700 gempa bumi dalam sehari adalah sangat tinggi. Angka akan terus meningkat jika gegaran berterusan. Letupan boleh berlaku dalam masa beberapa jam,” kata Dr Syahbana.
Selain gempa berterusan, beliau juga mengesan perubahan mendadak pada permukaan kawah Gunung Agung.
Titik panas terus merebak di serata Bali dengan rekahan di puncak gunung yang merancakkan pergerakan asap tebal.
Namun, para pengkaji dan penduduk Bali masih ada harapan.
“Masih ada 10 peratus peluang letupan tidak berlaku. Semestinya kita mengharapkan yang terbaik tapi kita perlu bersiap sedia untuk senario paling teruk,” ujar beliau lagi.
Jika meletup, apa yang akan berlaku?
Elemen paling berbahaya dalam mana-mana letupan gunung berapi ialah aliran pyroclastic yang mengandungi gas yang amat panas, debu dan batu-batu yang boleh mengalir ratusan kilometer sejam.
Aliran ini sangat digeruni kerana boleh membunuh manusia tanpa sebarang amaran.
"Jika ini berlaku pada waktu malam semasa orang ramai sedang tidur, mereka hanya ada beberapa saat atau minit untuk berpindah.
"Mereka boleh terperangkap dan mati. Itulah yang berlaku pada 1963 dan di Gunung Merapi pada 2010," kata pensyarah Fakulti Sains dan Kejuruteraan Universiti Teknologi Queensland Profesor Madya Scott Bryan kepada The Guardian.
Walaupun pihak berkuasa tempatan sudah mengambil pelbagai langkah keselamatan, Bryan mengatakan tiada cara lain untuk memastikan kesan aliran pyroclastic.
Tunggu dan Saksikan
Tatkala pemerintah Bali sibuk dengan usaha-usaha mitigasi, ramai penduduk di pulau majoriti Hindu itu menyiapkan diri mereka untuk berdepan dengan ketentuan dengan menanam kepercayaan dalam Dewa Agung.
“Kami hanya mampu memohon kekuatan untuk menempuhi segala rintangan dan halangan,” ujar sami di Pura Besakih, Gusti Mangku Paruna Kubayan.
Pura Besakih merupakan ‘ibu’ segala pura di Bali.
Pura yang terletak di barat daya kaki gunung berkenaan terjejas teruk akibat letusan pada 1963.
Menurut beliau lagi, letusan kedua pada tahun tersebut lebih dahsyat daripada yang pertama dan telah memusnahkan semua makam di pura itu.
Keadaan bahaya di sekitar Pura Besakih tidak menghalang Gusti Mangku untuk melakukan upacara yang beliau anggap lebih penting daripada berlindung dalam Pura Banjar Pekandelan Klod bersama penduduk-penduduk lain.
Beliau percaya Dewa Agung akan memberi petanda kepada beliau menjelang letusan itu nanti.
Afza Fahmidah
Mon Oct 02 2017
Gunung di pulau peranginan Bali itu dikatakan boleh meletus pada bila-bila masa sahaja oleh sebab ratusan gegaran yang dirasai setiap hari. - File photo
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Josep Borrell Fontelles berkata fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak. Jelasnya, situasi ini boleh membawa kepada pengasingan negara-negara tertentu dari pentas global, seterusnya menghambat pelaksanaan agenda antarabangsa. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Negara-negara selatan global hilang percaya akibat ‘leteran’ negara maju - Menteri Luar Sri Lanka
Menteri Luar Negeri Sri Lanka, Mohamed Uvais Mohamed Ali Sabry berkata negara-negara selatan global hilang percaya kepada inisiatif antarabangsa akibat campur tangan berlebihan dalam proses membuat keputusan di peringkat domestik oleh negara-negara utara global. Jelasnya, negara-negara maju perlu berhenti memaksakan penyelesaian kepada semua masalah yang timbul keatas negara-negara membangun. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Hubungan China-AS kelam - Pakar
Pengasas dan Pengerusi Wusawa Advisory Inc., Qian Liu berkata hubungan China dan Amerika Syarikat tidak akan bertambah baik untuk tahun-tahun mendatang. Jelasnya, kedua-dua negara menggunakan momokkan imej negara pesaing dalam usaha menangani isu-isu domestik, yang secara tidak langsung merugikan dunia. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: China akan atasi AS, sedang belajar menggunakan kuasanya keatas dunia - Pakar
Pengasas dan Pengerusi Wusawa Advisory Inc., Qian Liu berkata China dilandasan yang betul untuk mengatasi Amerika Syarikat sebagai ekonomi terbesar dunia dalam masa beberapa tahun. Jelasnya, meskipun pertumbuhan ekonomi China perlahan, namun saiz pertumbuhan itu secara relatifnya lebih besar daripada keseluruhan ekonomi Arab Saudi dan Switzerland. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Bangladesh buka semula sekolah walaupun cuaca masih panas
Pelajar kembali ke sekolah di seluruh Bangladesh walaupun negara itu dilanda gelombang panas berlarutan yang mendorong pembelajaran secara bersemuka ditangguhkan, hujung minggu lalu.
Filipina tangguh kelas secara bersemuka kerana cuaca panas
Filipina menangguhkan kelas bersemuka di semua sekolah kerajaan selama dua hari, susulan cuaca panas melampau dan mogok oleh pemandu jeepney atau bas mini di seluruh negara.
Puting beliung landa bandar Guangzhou
Puting beliung melanda bandar Guangzhou di selatan China dan mengorbankan lima nyawa dan 33 lagi cedera.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Tak dapat jadi TPM, Menteri Luar Thailand letak jawatan
Menteri Luar Thailand, Parnpree Bahiddha-Nukara meletak jawatan secara mengejut hari ini, selepas tidak dinamakan sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan Kabinet.
Wanita dipenjara 26 tahun bunuh ibu kandung
Heather Mack juga dituduh bersubahat menyorok mayat ibunya itu di dalam beg pakaian.
Kemarau, kebakaran hutan: Bali isytihar darurat selama dua minggu
Bali mengisytiharkan darurat selama dua minggu susulan kebakaran hutan tanah gambut dan kemarau melanda pulau itu.
Bali bakal kenakan bayaran masuk AS$10 kepada pelancong asing
Pelawat asing yang mengunjungi Bali bakal dikenakan yuran kemasukan sebanyak AS$10 seorang mulai tahun depan, menurut pejabat pelancongan pulau itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) ).
Bali keluar panduan etika untuk pelancong
Pekeliling itu menyenaraikan 16 peraturan yang bertujuan untuk memelihara budaya, alam sekitar dan keselamatan Bali.
'Content' dipertikai lagi, Nas Daily buat hal dengan Indonesia pula
Nas Daily menyiarkan video di Instagram yang memaparkan Bali dan penduduk berbangsa asing atau berkulit putih.
Bali dilanda gempa bumi dengan magnitud 5.2
Gempa bumi sederhana dasar laut berukuran 5.2 magnitud melanda berhampiran Bali pada Selasa.
Sidang Kemuncak G20 Bali berakhir dengan komitmen tangani cabaran ekonomi
Sidang kemuncak G20 yang berlangsung di Bali, Indonesia melabuhkan tirainya pada Rabu.
G20 berperanan utama bentuk dasar kesihatan global - Presiden Turkiye
Kumpulan 20 (G20) "berperanan penting" dalam membentuk dasar kesihatan global, kata Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Selasa.
Menteri Luar Rusia dihantar ke hospital sebaik tiba di Bali
Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov dilaporkan dibawa ke hospital sejurus tiba di Bali, Indonesia pada Ahad malam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.